Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri permohonan mereka telah ditolak atau mereka diminta untuk terus menunggu. Terdapat juga permintaan agar proses penempatan pelarian ke negara ketiga dipercepatkan. Pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf pelarian telah menyebabkan golongan tersebut semakin terpinggir. Suruhanjaya telah menerima beberapa permintaan untuk mendapatkan bantuan perubatan dan kewangan disebabkan golongan pelarian mudah terdedah kepada pelbagai masalah dan risiko. (e) Pembela Hak Asasi Manusia Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya mengambil maklum isu gangguan terhadap pembela hak asasi manusia seperti aktivis dari SUARAM dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat KOMAS). Lena Hendry daripada Pusat KOMAS telah didakwa di mahkamah kerana menayangkan filem No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka, yang melanggar seksyen 69(i)(b) Akta Penapisan Filem 2002. Suruhanjaya telah bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes tersebut dengan bantuan peguam daripada Majlis Peguam. Aktivis daripada Jaringan Rakyat Tertindas dan beberapa ahli parti politik dan wakil rakyat telah ditahan semasa aktiviti pencerobohan rumah dan dewan masyarakat di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan. Mereka ditangkap ketika mempertahankan hak penduduk kampung kepada perumahan. (f) Empangan Murum Sekumpulan masyarakat Penan serta aktivis telah lama menyuarakan kebimbangan mengenai pembinaan empangan Murum di Sarawak. Menurut mereka, aktiviti pembinaan telah menceroboh kawasan tanah adat yang membawa kesan yang besar terhadap kehidupan, sosioekonomi, budaya, tradisi serta kepercayaan masyarakat Penan dan alam sekitar. Masyarakat Penan mendakwa bahawa mereka tidak pernah dibawa berunding dan tiada sebarang proses untuk mendapatkan keizinan berasaskan makluman awal, bebas dan telus berhubung projek tersebut. Tiada sebarang perjanjian yang telah dibuat mengenai isu penempatan semula, pampasan ataupun remedi kepada masyarakat tersebut. Sehubungan itu, masyarakat kampung telah membuat sekatan bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek tersebut. Pihak polis telah dipanggil untuk menyuraikan orang ramai. Suruhanjaya telah menerima laporan berhubung tindakan pihak polis yang melepaskan tembakan amaran ke udara serta penahanan yang dibuat ke atas dua orang kanak-kanak. Suruhanjaya telah menulis kepada Kerajaan Sarawak, Sarawak Energy Board dan pihak polis. Ia juga bercadang untuk mengaturkan satu mesyuarat di antara pihak berkuasa dan masyarakat Penan. (Lihat ‘Laporan Pejabat Sarawak’ di mukasurat 125) 49

Select target paragraph3