Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri visual yang diserahkan kepada Suruhanjaya, polis dilihat menggunakan kekerasan yang tidak munasabah seterusnya menyebabkan kecederaan kepada penduduk kampung dan aktivis. Walaupun polis bertindak berdasarkan kuasa yang diberikan, polis seharusnya mengambil tindakan secara lebih profesional dalam memelihara keamanan dan semasa melakukan proses penangkapan. Semasa lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mantin berikutan penangkapan tersebut, Suruhanjaya mendapati polis bertindak kasar ke atas tahanan; melengahkan proses merekod kenyataan; dan menafikan hak mereka yang ditahan untuk mendapatkan peguam. Suruhanjaya mengulangi syor-syornya dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2011 dan 2012 kepada pihak polis berhubung dengan isu tindakan fizikal semasa tangkapan, siasatan dan layanan kepada mereka yang ditahan. Suruhanjaya mengambil maklum tentang maklum balas pihak polis terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya 2011 – bahawa mereka sedang mengambil langkah untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bilik soal siasat bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti pegawai polis. Walau bagaimanapun, pihak polis menyatakan bilangan bilik yang dipasang CCTV adalah kecil berbanding dengan keperluan di peringkat daerah dan kontinjen. Berhubung dengan syor Suruhanjaya agar setiap tahanan diperiksa oleh pegawai perubatan sebelum dan selepas sesi temuduga/siasatan dijalankan, pihak polis menyatakan bahawa mereka telah bekerjasama dengan pihak hospital mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekurangan pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan tidak dapat menyediakan kakitangan, terutama kepada balai polis yang terletak jauh dari hospital. Polis mengulangi bahawa kelewatan dalam siasatan akan menjejaskan prestasi mereka serta boleh mengancam nyawa mangsa bagi kes seperti penculikan. (c) Hak Pekerja/Pekerja Migran Sejumlah 45 aduan yang berkaitan dengan pekerjaan telah diterima daripada rakyat Malaysia dan pekerja migran. Isu gaji merupakan aduan yang paling banyak diterima berdasarkan dakwaan pekerja bahawa mereka tidak dibayar gaji atau gaji mereka telah dikurangkan. Aduan yang diterima turut melibatkan kes pemecatan yang tidak mengikut undang-undang, ketiadaan cuti tahunan dan kegagalan majikan untuk membayar caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja walaupun potongan telah dibuat daripada gaji mereka. Terdapat juga aduan berkenaan penganiayaan di tempat kerja dan kekurangan pampasan bagi pekerja yang terlibat. Suruhanjaya meminta bantuan Jabatan Tenaga Kerja dalam menyelesaikan aduan dalam kebanyakan kes yang diterima. Dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2011, Suruhanjaya mengesyorkan bahawa pekerja migran diberikan pas khas untuk membolehkan mereka terus bekerja sementara menunggu kes mereka diselesaikan di mahkamah dan pas tersebut harus diberikan secara percuma. Berdasarkan maklum balas Kerajaan, semua pekerja migran memegang satu Pas Lawatan Kerja Sementara yang dikeluarkan setiap tahun semasa proses pembaharuan levi. Oleh itu, pekerja migran tidak memerlukan pas lain sekiranya ingin terus bekerja sehingga kes mahkamah mereka selesai. 47

Select target paragraph3