Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri
2. ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA ADUAN
(a) Kematian dalam Tahanan Polis
Jumlah kematian dalam tahanan semakin meningkat dengan 19 kes telah dilaporkan sepanjang
tahun ini. Suruhanjaya telah menerima sebanyak tujuh aduan berkaitan isu ini. Pihak yang
berkenaan telah mengulangi tuntutan mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan
dan Salah Laku Polis.
Sebagai maklum balas terhadap isu ini, pihak polis telah mengumumkan penubuhan satu
jawatankuasa untuk mengkaji semula prosedur operasi standard berkaitan dengan penyiasatan
dan layanan suspek ketika berada dalam tahanan. Polis memaklumkan bahawa mereka akan
bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan.
Dalam usaha menangani isu kematian dalam tahanan, pihak Kabinet telah meluluskan
penubuhan Mahkamah Koroner dan lokap berpusat di setiap negeri. Berikutan itu, Suruhanjaya
telah mengadakan dua sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai isu tersebut.
(Sila lihat Laporan di mukasurat 71)
(b) Tangkapan dan Penahanan
Antara aduan yang dimajukan untuk perhatian Suruhanjaya adalah dakwaan terhadap
penggunaan kekerasan yang tidak seimbang oleh pihak polis semasa membuat tangkapan dan
siasatan; kegagalan untuk menyatakan alasan atas tangkapan yang dibuat; sekatan lawatan
oleh pihak keluarga semasa dalam tahanan; dan tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas
laporan polis yang dibuat (Jadual 2).
Jadual 2: Aduan ke atas Polis, 2013
ADUAN
BILANGAN/LOKASI
KUALA
LUMPUR
SABAH
SARAWAK
Penggunaan kekerasan yang tidak seimbang
semasa tangkapan dan siasatan
14
1
0
Penyalahgunaan kuasa
13
1
0
Tidak bertindak berdasarkan laporan yang
dibuat
14
4
1
41
6
1
JUMLAH
Suruhanjaya turut menerima aduan berhubung dakwaan berat sebelah dan penggunaan
kekerasan oleh pihak polis semasa membantu Bailif menjalankan perintah mahkamah
untuk merobohkan rumah di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan. Berdasarkan imej
46