Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri
membuat pengecualian berkenaan dengan aduan yang melibatkan golongan rentan seperti
kanak-kanak dan berkenaan perkara serius seperti pemerdagangan orang. Namun,
Suruhanjaya bimbang dengan penurunan jumlah aduan yang diterima di Pejabat Kuching di
Sarawak.
Rajah 3: Kes selesai dan dalam siasatan, 2009-2013
(b) Manual Pengurusan Aduan
Pengurusan aduan memerlukan pertimbangan dan budi bicara sepanjang proses tersebut
dilakukan. Bagi meningkatkan keberkesanan mekanisme yang digunakan dan sebagai panduan
dalam proses membuat keputusan, Suruhanjaya telah menyediakan satu Manual Pengurusan
Aduan yang dibuat berdasarkan Model Afrika Selatan. Tujuan manual ini adalah untuk
menetapkan prosedur pengurusan dalam penerimaan aduan dan memastikan bahawa aduan
dapat ditangani secara cekap dan efektif dengan sebaik mungkin berdasarkan sumber yang
sedia ada. Amalan dalam pengurusan aduan ini akan terus dibangunkan dengan mengambil
kira pengalaman kakitangan Bahagian dan Anggota Suruhanjaya dalam mengaplikasikan
prosedur serta keputusan yang dibuat oleh Bahagian.
Suruhanjaya sedang dalam proses untuk membangunkan satu sistem aduan atas talian.
Antara lain, sistem ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan, merekod
dan mendokumentasi aduan yang diterima.
44