Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri Rajah 1: Aduan Diterima, 2008-2013 Selepas dibincangkan, Suruhanjaya memutuskan bahawa 221 aduan adalah di luar bidang kuasanya, termasuklah: • • • Pertikaian yang belum selesai di mahkamah atau yang telah diselesaikan oleh mahkamah; Isu-isu pentadbiran yang perlu ditangani oleh agensi-agensi berkaitan; dan Perkara yang berada di bawah bidang kuasa badan profesional. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya telah membantu pengadu sama ada dengan cara memajukan kes mereka kepada pihak yang bertanggungjawab atau meminta pengadu merujuk kepada agensi yang berkaitan. Daripada 403 aduan yang diterima, Suruhanjaya telah menyelesaikan 173 kes (Rajah 2) manakala selebihnya masih dalam siasatan. Rajah 2: Kes selesai dan dalam siasatan, 2013 Jumlah aduan yang diterima telah menurun setelah Suruhanjaya menguna pakai dasar untuk tidak menerima aduan yang dihantar oleh sumber tanpa nama atau aduan yang dihantar kepada agensi lain tetapi dibuat salinan kepada Suruhanjaya. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya 43

Select target paragraph3