Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam 8. HUBUNGAN MEDIA Pada tahun ini, Suruhanjaya telah mengeluarkan 17 kenyataan media; memberikan 17 wawancara eksklusif dan memberi maklum balas kepada 18 pertanyaan media mengenai pelbagai isu termasuklah kematian dalam tahanan, undang-undang penahanan pencegahan, PRU ke 13, pembaharuan dalam penjara, NI, pemerdagangan orang, UPR, pekerja migran, Bajet 2014 dan isu yang melibatkan kumpulan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Usaha berterusan juga diambil oleh Suruhanjaya dalam memperluaskan jangkauan menerusi media sosial. Setakat 31 Disember, akaun Twitter Suruhanjaya mempunyai 7,163 pengikut manakala halaman Facebook mempunyai 3,086 peminat berbanding 3,800 dan 2,500, masingmasing pada Disember 2012. Peningkatan ini mencerminkan kesedaran awam terhadap isu hak asasi manusia dan bidang kerja Suruhanjaya. III. HARAPAN MASA DEPAN Pada tahun 2014, Bahagian Pendidikan dan Promosi akan meningkatkan latihan dan kerjasama dengan agensi Kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil supaya kesedaran terhadap pelbagai hak asasi manusia dapat dipertingkatkan. Projek dan pendekatan yang baru akan digunakan untuk mencapai matlamat ini. Beberapa siri bengkel hak asasi manusia untuk guru pendidikan khas akan diselesaikan manakala satu kempen akan dilancarkan bagi mempromosi dan melindungi hak warga emas. Bahagian Perhubungan Awam akan meneroka strategi dan kaedah yang lebih berkesan untuk mempromosi hak asasi manusia dan meluaskan lagi penglibatan Suruhanjaya dengan pihakpihak berkepentingan di dalam dan di luar negara. 40

Select target paragraph3