Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Anggota Suruhanjaya bersama Encik Olivier De Schutter, Pelapor Khas PBB Mengenai Hak
Kepada Makanan, wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia dan
Kementerian Luar Negeri.
(b) Kunjungan hormat dan perjumpaan
Suruhanjaya telah menghadiri tiga kali kunjungan hormat untuk memberikan taklimat kepada
pegawai kanan Kerajaan mengenai hasil dapatan utama NI iaitu:
•
•
•
Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
pada 5 Mac;
Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 4 April; dan
Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri
Sarawak pada 9 April.
Pada 19 Ogos, Suruhanjaya telah bertemu dengan KSN dan Dato’ Haji Ismail Ibrahim, Ketua
Pengarah BHEUU. Perbincangan menyentuh perkara berkenaan ketiadaan perbahasan
tentang Laporan Tahunan Suruhanjaya di Parlimen; cadangan pindaan ke atas Akta penubuhan
Suruhanjaya; keperluan bagi Malaysia menyertai instrumen teras hak asasi manusia; isu
berkenaan NI dan NHRAP; serta dana dan sumber Kerajaan untuk tujuan operasi Suruhanjaya.
Pada 10 Oktober, Suruhanjaya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Hajah
Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai hak wanita, kanak-kanak, OKU serta instrumen
hak asasi manusia antarabangsa yang berkaitan dengan kumpulan rentan ini.
Pada 2 Disember, Suruhanjaya mengunjungi YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri untuk membincangkan beberapa isu hak asasi manusia yang penting. Ini
termasuklah cadangan pindaan ke atas Akta penubuhan Suruhanjaya; kemajuan Kerajaan
dalam merangka NHRAP; cadangan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilih Tetap
Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia dan pemakaian norma hak asasi manusia oleh badan
Kehakiman.
39