Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Pada 8 Mac, Pesuruhjaya Kazi Hoque daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangladesh
telah berkongsi pengalaman beliau mengenai tindakan susulan kepada hasil UPR. Mesyuarat
ini membolehkan wakil kedua-dua Suruhanjaya bertukar idea dan pandangan mengenai kaedah
yang berkesan untuk mempromosi hasil semakan pertama UPR.
Pada 12 Mac, Suruhanjaya mengalu-alukan delegasi yang terdiri daripada kakitangan akademik
daripada Afghanistan dan wakil Global Rights. Lawatan ini yang telah dirancangkan sebagai
sebahagian daripada jadual lawatan sambil belajar delegasi ini ke Malaysia, bertujuan untuk
mengetahui bidang kerja Suruhanjaya dan isu utama hak asasi manusia.
Pada 24 Julai, satu delegasi yang diketuai oleh Profesor Kwong-Whan Ahn dari Forum Asia
untuk Hak Asasi Manusia dan Pembangunan (Forum Asia) mengunjungi Suruhanjaya sebagai
sebahagian daripada misi mencari fakta untuk menilai keadaan kebebasan bersuara dan
berhimpun secara aman di Malaysia selepas PRU ke 13. Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri
Hasmy Agam dan Pesuruhjaya James Nayagam berkongsi pemerhatian dan pendapat mereka
mengenai usaha Suruhanjaya dalam melaksanakan mandatnya sebagai NHRI.
Pada 7 November, Suruhanjaya telah menerima kunjungan delegasi yang diketuai oleh TYT Dr
Abdul Rahim Al Awadi, Penolong Menteri, Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang Kementerian
Luar Negeri di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Objektif lawatan adalah untuk mengetahui sejarah
penubuhan, fungsi dan bidang kerja Suruhanjaya memandangkan UAE sedang meneroka
kemungkinan mewujudkan sebuah NHRI sebagai sebahagian daripada tindakan susulan UPR.
Pada 14 November, Suruhanjaya mengalu-alukan delegasi daripada Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Indonesia yang diketuai oleh Naib-Pengerusi Hal Ehwal Dalaman, Encik Muhammad
Imdadun Rahmat. Kedua-dua Suruhanjaya bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam
mengendalikan isu berkenaan kebebasan beragama, antara isu hak asasi manusia yang lain.
Pada 16 Disember, Encik Olivier De Schutter, Pelapor Khas PBB mengenai Hak kepada Makanan
melawat Suruhanjaya selaras dengan misinya ke Malaysia. Beliau memberi perhatian khas
terhadap NI, kemajuan Kerajaan dalam merangka NHRAP serta penyertaan Malaysia dalam
perjanjian teras hak asasi manusia antarabangsa.
Pada 17 Disember, Duta Besar Joseph Y Yun dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
mengunjungi Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Hasmy Agam untuk membincangkan, antara lain,
isu pemerdagangan orang di Malaysia.
38