Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam 6. CERAMAH DAN PAMERAN Suruhanjaya menggiatkan penglibatannya bersama masyarakat akar umbi menerusi program kemasyarakatan di: (i) Perlis: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Kangar dan lawatan ke Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC), pusat pemulihan bagi penagih dadah di Chabang pada 21 Februari; (ii) Pahang: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Kuala Lipis dan lawatan ke CCRC di Benta pada 2 Julai; dan (iii) Perak: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Gerik pada 1 Oktober. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap bidang kerja Suruhanjaya di samping membolehkan peserta bertukar pandangan tentang isu hak asasi manusia dan menyuarakan sungutan mereka terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Antara isu yang dibangkitkan berkaitan dengan hak wanita dalam lingkungan Undang-undang Syariah, keperluan untuk keseragaman dalam mentadbir undang-undang Islam di semua negeri, kekurangan bantuan Kerajaan untuk SAR dan keperluan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan awam kerana kebanyakan warga Malaysia mendapati kos penjagaan kesihatan swasta terlalu tinggi. Pameran juga turut dianjurkan menerusi program ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ dan jemputan daripada tiga buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (29-31 Januari); Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (26-30 April) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (11 Mei). 7. KUNJUNGAN HORMAT Sebanyak 16 delegasi daripada organisasi tempatan dan luar negara telah mengunjungi Suruhanjaya untuk mengetahui lebih lanjut bidang tugasnya. (a) Lawatan oleh delegasi tempatan dan luar negara Pada 20 Februari, Suruhanjaya mengalu-alukan delegasi daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia (SIAP) yang diketuai oleh Cik Foo Hui Yi. Delegasi ini berharap untuk mencontohi amalan terbaik Suruhanjaya dalam menjalankan siasatan awam yang meliputi cabaran dan kekangan serta aspek kewangan dan teknikal. Pada 26 Februari, Suruhanjaya menerima kunjungan delegasi daripada gabungan dua organisasi iaitu Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights dan Cross Cultural Foundation of Thailand. Delegasi ini berminat untuk mengetahui lebih lanjut peranan dan fungsi Suruhanjaya, khususnya kerja advokasi dan proses penyelesaian aduan. 37

Select target paragraph3