Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (iv) Anugerah Khas Dua anugerah telah diberikan kepada - SK Lemoi, sebuah sekolah pedalaman di Cameron Highlands, Pahang dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). SK Lemoi telah dipilih atas inisiatif pihak pentadbir sekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan murid Orang Asli. SOCSO pula diiktiraf bagi programnya iaitu ‘Return to Work’ (RTW) yang telah membantu seramai 6,294 orang pekerja, yang telah mengalami ketidakupayaan disebabkan oleh kecederaan atau penyakit untuk kembali berkerja. Encik Omardani Mohd Noor menerima Anugerah Khas bagi pihak SK Lemoi Datuk K Selvarajah, Ketua Eksekutif SOCSO, menerima Anugerah Khas bagi pihak organisasi Anggota Suruhanjaya bersama penerima Anugerah Hak Asasi Manusia 2013 4. PANEL PERBINCANGAN SUHAKAM-UNCT Suruhanjaya dengan kerjasama UNCT telah menganjurkan Panel Perbincangan mengenai ‘Menuju 2020: Hak Asasi Manusia dan Pembangunan’ pada 10 Disember, sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Acara ini telah dihadiri 120 peserta daripada perkhidmatan awam, wakil diplomatik, syarikat korporat, NGO, agensi PBB dan media. 35

Select target paragraph3