Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
2. LATIHAN KEPADA AGENSI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
(a) Polis Diraja Malaysia
Suruhanjaya telah mengadakan ceramah hak asasi manusia dan program latihan kepada
pegawai polis dan kakitangannya sejak tahun 2002, dengan kerjasama Bahagian Latihan Polis,
Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bahagian Latihan Polis dan Suruhanjaya terus bekerjasama rapat
untuk mempertingkatkan kurikulum.
Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya telah mengadakan bengkel di Pusat Latihan Polis Langkawi,
dan menyampaikan empat ceramah di Pusat Latihan di Cheras dan Kuala Kubu Baru, Selangor.
Latihan seperti ini perlu dijalankan secara tetap dan konsisten untuk memastikan hak asasi
manusia diamalkan oleh anggota polis semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Program ini mendedahkan peserta kepada keperluan untuk mempromosi dan melindungi
hak asasi manusia, dan membangunkan keupayaan mereka untuk menyediakan prosedur
yang berlandaskan hak asasi manusia kepada anggota bawahan semasa menjalankan tugas
seharian.
(b) Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Suruhanjaya telah menganjurkan dua bengkel kesedaran hak asasi manusia kepada pegawai
daerah RELA dan ahli baru bagi membolehkan mereka memahami dan menegakkan hak asasi
manusia masyarakat umum. Program ini yang telah dimulakan sejak tahun 2007, bertujuan
membantu mereka untuk menguji prosedur dan tindakan mereka berhubung hak asasi
manusia.
(c) Jabatan Penjara
Di bawah program berterusan, tiga bengkel telah dikendalikan untuk menerapkan konsep
hak asasi manusia dalam tugasan harian dengan penekanan diberikan ke atas pemulihan
banduan. Program ini turut menerangkan standard hak asasi manusia antarabangsa yang
berkaitan dengan bidang tugas pegawai penjara dan keperluan mereka untuk memahami dan
menghormati hak banduan, terutamanya kanak-kanak, wanita dan banduan muda.
Suruhanjaya telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara untuk merangka kurikulum hak asasi
manusia kepada pegawai penjara. Kurikulum ini telah dilaksanakan dalam kursus latihan pada
tahun ini. Seramai 10 orang pegawai Jabatan Penjara telah membantu Suruhanjaya untuk
merangka kurikulum ini dan menjalankan kursus Training of Trainers (TOT). Mereka akan terus
menjalankan program hak asasi manusia untuk rakan sejawat dengan sokongan Suruhanjaya.
(d) Pihak Berkuasa Tempatan
Suruhanjaya telah memperluaskan kursus hak asasi manusia kepada pegawai penguatkuasa
daripada semua majlis tempatan di Negeri Perak. Pada tahun sebelumnya, Suruhanjaya telah
menjalankan kursus di Selangor dan Pulau Pinang, dengan kerjasama Pusat Latihan Majlis
27