Isu-Isu Utama
Artikel 12(1) Pengisytiharan Pembela Hak Asasi Manusia menyatakan: ‘Setiap orang secara
individu atau berkumpulan, berhak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aman yang
menentang pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan.’ Suruhanjaya berpendapat adalah
penting bagi Kerajaan memastikan semua pembela hak asasi manusia beroperasi secara
bebas dan dilindungi secara berkesan daripada ugutan, gangguan dan pelanggaran hak serta
kebebasan mereka oleh pihak berkuasa atau kumpulan atau individu yang lain.
8. PILIHAN RAYA UMUM KE-13
Suruhanjaya telah menerima 59 aduan berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang
diadakan pada 5 Mei. Daripada jumlah ini, tiga adalah mengenai perkara am, manakala 56
aduan berkaitan dengan prosedur dan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk tindakan selanjutnya.
Berdasarkan perbincangan Suruhanjaya dan pemerhati bebas yang dilantik oleh SPR untuk
memantau proses pilihan raya, lapan syor telah dikemukakan:
14
•
Terdapat keperluan bagi SPR untuk memperbaiki daftar pemilih.
•
Saiz kawasan pilihan raya perlu ditetapkan bagi mengurangkan perbezaan dan
memastikan perbezaan tidak melebihi 15% daripada purata kawasan di setiap negeri.
•
SPR seharusnya bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan ahlinya harus dilantik
oleh, dan dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang kekal
dan dwipartisan.
•
SPR perlu diberi kuasa untuk melantik kakitangan sendiri dan bebas daripada
perkhidmatan awam.
•
Peranan Kerajaan sementara hendaklah ditakrifkan dan diperuntukkan dalam
undang-undang bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab menyedari peranan
dan tugas mereka untuk menjamin kelancaran pentadbiran negara semasa pilihan
raya umum.
•
Orang Kurang Upaya (OKU) harus mendapat akses kepada kemudahan pilihan raya
yang sama seperti pengundi lain.
•
Pemerhati pilihan raya harus dilantik secara kekal dalam setiap PRU; proses
pelantikan perlu diperbaiki dan latihan perlu disediakan dengan memberi penekanan
terhadap amalan terbaik negara Asia Pasifik.
•
Semua calon pilihan raya perlu mendapat akses yang sama kepada saluran
komunikasi Kerajaan, yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan tidak berat
sebelah dalam melaporkan hal ehwal negara. Semua syarikat media milik Kerajaan
mestilah bebas dalam laporan mereka dan menghentikan serangan tidak berasas
kepada parti pembangkang.