Isu-Isu Utama peranan pihak berkuasa dan menghasilkan garis panduan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Melihat kepada perhimpunan awam yang diadakan sepanjang tahun ini, Suruhanjaya memerhatikan beberapa perubahan dalam operasi pihak berkuasa, terutamanya semasa perhimpunan ‘KL 112’ pada 12 Januari di Kuala Lumpur. Ini adalah satu contoh perhimpunan aman yang baik, hasil kerjasama di antara pihak berkuasa, penganjur dan peserta. Keadaan yang sama turut diperhatikan semasa perhimpunan anti-kenaikan harga yang diketuai oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup pada 31 Disember di Kuala Lumpur, meskipun pihak berkuasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan dakwaan beberapa pihak bahawa perhimpunan tersebut bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan. Menyedari peranan penting dan keselamatan pengamal media dalam menjalankan tugas, Suruhanjaya berpendapat pihak polis perlu memberi taklimat dan latihan kepada anggotanya dalam mengurus dan memudahcarakan kerja media sewaktu perhimpunan berlangsung. Suruhanjaya turut berpendapat bahawa pihak polis perlu mengekalkan tatacara komunikasi sewaktu perhimpunan berlangsung bagi mengelakkan kekeliruan terhadap arahan yang diberikan oleh pegawai kepada anggota yang bertugas. Pihak polis juga perlu menegakkan hak orang yang ditahan, khususnya hak mereka untuk mendapatkan wakil perundangan dan dimaklumkan sebab penahanan. Suruhanjaya turut berpendapat bahawa pihak polis perlu mengekalkan tatacara komunikasi sewaktu perhimpunan berlangsung bagi mengelakkan kekeliruan terhadap arahan yang diberikan oleh pegawai kepada anggota yang bertugas. Pihak polis juga perlu menegakkan hak orang yang ditahan, khususnya hak mereka untuk mendapatkan wakil perundangan dan dimaklumkan sebab penahanan. Artikel 12 (1) Pengisytiharan Pembela Hak Asasi Manusia menyatakan: ‘Setiap orang secara individu atau berkumpulan, berhak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aman yang menentang pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan.’ 7. PEMBELA HAK ASASI MANUSIA Suruhanjaya mengambil berat tentang cabaran yang dihadapi oleh pembela hak asasi manusia dalam menjalankan tugas dan mengamalkan hak asasi dan kebebasan mereka. Gangguan dan tangkapan terhadap pembela hak asasi manusia masih berlaku seperti dalam kes Lena Hendry dari Pusat Komunikasi Masyarakat dan beberapa aktivis dari Jaringan Rakyat Tertindas. Terdapat beberapa ahli parti politik dan wakil rakyat turut menghadapi kekangan yang sama semasa menjalankan tugas mereka untuk melindungi hak asasi manusia orang ramai. 13

Select target paragraph3