Isu-Isu Utama • Bilangan sekolah yang menawarkan program pendidikan khas perlu ditambah terutamanya di kawasan pedalaman memandangkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak mempunyai fungsi yang sama seperti sekolah sedemikian. • Pertimbangan sewajarnya harus diberikan berhubung penempatan guru terlatih dalam Program Pendidikan Khas; guru dan pembantu mereka perlu diberikan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran mereka. 5. HAK WARGA EMAS Suruhanjaya telah mengenal pasti kajian terhadap warga emas sebagai bidang yang perlu diberi keutamaan pada tahun ini. Sebagai langkah permulaan yang praktikal, Suruhanjaya telah meneliti isu berkenaan perkhidmatan jagaan dan sokongan kepada penjaga. Rundingan dengan pihak berkepentingan menekankan bahawa: • Ketidaksesuaian pembinaan beberapa fasiliti yang menimbulkan halangan fizikal dan cabaran kepada warga emas. • Terdapat warga emas yang dinafikan akses kepada perkhidmatan kewangan terutamanya kemudahan pinjaman, kerana mereka dianggap tidak berkemampuan melangsaikan pinjaman atas sebab usia. • Ramai di kalangan warga emas menghadapi masalah kewangan selepas bersara terutamanya mereka yang berkerja sendiri. • Masalah kesihatan warga emas seharusnya melayakkan mereka mendapat perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan dan mudah diakses. • Kementerian Kesihatan menghadapi kekurangan sumber dan ini telah menjejaskan perkhidmatan yang disediakan. Adalah dicadangkan agar Kerajaan meneroka jalinan kerjasama dengan pihak swasta dalam memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan, di samping melatih kakitangan perubatan dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada warga emas. Dasar Warga Emas Negara, Pelan Tindakan untuk Warga Emas dan undang-undang berkaitan harus diperketatkan bagi memastikan perlindungan penuh terhadap hak kumpulan sasaran ini. 6. KEBEBASAN BERHIMPUN Di dalam Laporan Siasatan Awam Ke Atas Insiden Semasa dan Selepas Perhimpunan Awam pada 28 April 2012, Suruhanjaya telah mengutarakan peranan penting pihak berkuasa dalam memudahcarakan perhimpunan aman dan mencadangkan Prosedur Operasi Standard polis dikaji semula agar selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan standard hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya turut menggesa penganjur dan peserta perhimpunan menghormati 12

Select target paragraph3