Isu-Isu Utama
•
Seksyen 15A menafikan seseorang individu yang terkilan menggunakan haknya untuk
akses kepada Mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
Suruhanjaya mengesyorkan supaya Akta tersebut dikaji semula dengan mengambilkira prinsip
hak asasi manusia berikut:
•
Penahanan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya;
•
Penahanan mestilah berdasarkan alasan dan prosedur yang telah ditetapkan;
•
Maklumat berhubung sebab penahan perlu dimaklumkan kepada tahanan; dan
•
Hak kepada perbicaraan yang adil dan akses kepada khidmat guaman mesti dilindungi
dan dipertahankan.
(b) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013
Suruhanjaya mengalu-alukan pindaan terhadap Kanun Keseksaan, terutamanya seksyen 326A,
352A, 375B, 376(2), 376B, 377CA dan 377E, yang memberi perlindungan kepada wanita dan
kanak-kanak. Ini adalah satu langkah positif dalam melaksanakan tanggungjawab Kerajaan di
bawah CEDAW dan CRC.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berasa bimbang bahawa rogol dalam perkahwinan masih
terus dikecualikan daripada definisi rogol di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan. Suruhanjaya
mengulangi saranannya kepada Kerajaan supaya mengambil kira Artikel 16(1)(c) CEDAW dan
Komen Kesimpulan No.22 oleh Jawatankuasa CEDAW, serta Artikel 2 Pengisytiharan PBB
mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita, dengan menjatuhkan hukuman ke atas
jenayah rogol dalam perkahwinan.
Suruhanjaya turut mengambil berat tentang seksyen 203A yang menjadikan sebarang
pendedahan atau kebocoron maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara sebagai
satu kesalahan. Suruhanjaya berpendapat bahawa ini merupakan satu sekatan tambahan
terhadap hak untuk memperoleh maklumat. Sehubungan itu, Suruhanjaya menyeru agar pihak
berkuasa memastikan keseimbangan antara keselamatan negara dan hak individu.
(c) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013
Akta Pindaan itu memasukkan dua jenis kesalahan baru sebagai kesalahan keselamatan di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2013 (SOSMA) – iaitu berkaitan
dengan jenayah terancang di bawah Bab VIB Kanun Keseksaan; dan mengenai penyeludupan
migran di bawah Bahagian IIIA dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran 2007. Memandangkan SOSMA bertujuan untuk menangani aktiviti pengganas,
Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah lebih sesuai bagi tertuduh di dalam kes-kes berkaitan
dengan jenayah terancang dan penyeludupan migran disiasat, didakwa dan dihukum di bawah
undang-undang yang berkenaan.
9