Isu-Isu Utama
ISU-ISU UTAMA
Pada asasnya, kita tidak boleh mencapai
keamanan atau suasana yang mana keamanan
boleh berkembang, melainkan kita mengiktiraf
hak setiap individu… peranan dan maruah
mereka… serta bersetuju itu adalah perkara
asas yang perlu diterima di seluruh dunia.
Eleanor Roosevelt
1. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG
Kerajaan telah menjalankan kajian semula ke atas beberapa undang-undang termasuklah
Akta Pencegahan Jenayah 1959, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (LangkahLangkah Khas) 2012, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan. Walau bagaimanapun,
Suruhanjaya tidak dirujuk ketika proses kajian semula tersebut.
(a) Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan & Pemerluasan) 2013
Walaupun Suruhanjaya menghargai usaha Kerajaan dalam menangani jenayah secara serius,
ia masih bimbang dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan & Pemerluasan) 2013 yang telah
diluluskan oleh Parlimen pada bulan September. Suruhanjaya memerhatikan bahawa terdapat
sesetengah peruntukan dalam Akta tersebut tidak selaras dengan prinsip asas hak asasi
manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat (UDHR) iaitu:
8
•
Seksyen 9(5) dan 9A(2) menafikan hak seseorang untuk mendapatkan khidmat
guaman;
•
Seksyen 7C melanggar hak seseorang untuk perbicaraan yang adil dan perlindungan
terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang
dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah; dan