Perutusan Pengerusi Tahun ini menyaksikan pelantikan semula empat Anggota Suruhanjaya, termasuk saya sendiri untuk tempoh tiga tahun lagi serta pelantikan tiga Anggota Suruhanjaya baru. Dalam mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid dan Encik James Nayagam atas pelantikan semula mereka, saya juga mengucapkan terima kasih atas komitmen dan sokongan berterusan mereka dalam membantu Suruhanjaya menjalankan fungsinya. Saya amat berterima kasih kepada Datuk Dr Khaw Lake Tee atas sumbangan besar beliau selaku Naib-Pengerusi Suruhanjaya dan Pengerusi Jawatankuasa Laporan Tahunan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bekas Anggota Suruhanjaya iaitu Encik Muhammad Sha’ani Abdullah, Datuk Detta Samen dan Puan Jannie Lasimbang atas dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Dalam mengalu-alukan tiga Anggota Suruhanjaya yang baru - Prof Dato’ Dr Aishah Bidin, Encik Francis Johen Adam, Encik Nordin Kasim Madating yang menyertai Suruhanjaya pada 3 Jun, saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka sepanjang tiga tahun akan datang. Dalam melangkaui tahun ke-14, Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dalam memperjuangkan pematuhan hak asasi manusia yang lebih tinggi di kalangan semua rakyat Malaysia. TAN SRI HASMY AGAM Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 4

Select target paragraph3