Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil yang mengandungi 3 hingga 4 orang. 2. Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang berkhasiat dan juga makanan yang kurang berkhasiat. Contoh makanan yang boleh dijadikan dalam bentuk kad boleh dirujuk pada Rajah 1 pada muka surat 36. 3. Murid perlu berbincang dalam kumpulan mengenai makanan yang perlu kerap diambil dan makanan yang tidak elok jika diambil dalam kuantiti berlebihan. Murid juga perlu memikirkan kepentingan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang. 4. Wakil setiap kumpulan memberi penerangan tentang hasil perbincangan kepada seluruh kelas. Wakil kumpulan perlu memberikan jawapan kepada soalan-soalan berikut : i. Makanan yang elok diambil ii. Makanan yang kurang elok sekiranya diambil berlebihan iii. Kepentingan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang Perbincangan/Pembentangan 5. Selepas tamat aktiviti, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi minda mengenai hasil perbincangan yang telah mereka jalankan sebentar tadi. Antara contoh soalan yang boleh diajukan kepada murid adalah : i. Adakah makanan yang kamu makan setiap hari mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh? ii. Apakah jenis makanan yang kamu gemari? Adakah ianya berkhasiat? iii. Kamu lebih suka makan makanan yang dibekalkan dari rumah atau yang dibeli di kantin sekolah? Mengapa? iv. Apakah jenis makanan di kantin sekolah yang kamu fikirkan berkhasiat? v. Apakah contoh makanan yang kamu rasakan perlu dijual di kantin sekolah? 6. Guru boleh berkongsi dengan murid tentang peruntukan Artikel 24, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) mengenai hak kepada kesihatan. Pada masa yang sama, menekankan bahawa pejagaan kesihatan juga merupakan tanggung jawab setiap individu. 37

Select target paragraph3