Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Guru membacakan enam butiran identiti yang mengandungi maklumat seperti
nama, hobi dan perwatakan seperti yang telah disediakan bersama lampiran.
Guru juga boleh membuat sendiri kad tersebut dengan menggantikan nama dan
perwatakan dengan murid sebenar yang berada di dalam kelas masing-masing.
2. Selepas selesai membacakan setiap kad maklumat, seorang murid boleh
dipanggil ke hadapan kelas untuk memilih kad maklumat kesukaannya.
3. Murid tersebut diminta untuk membaca hobi dan perwatakan yang tertulis pada
kad tersebut tanpa menyebut nama.
4. Seterusnya murid lain dikehendaki mengenal pasti nama pada kad maklumat
tersebut berdasarkan ciri-ciri yang telah dibacakan.
5. Langkah yang sama diteruskan sehinggalah keenam-enam kad telah diteka
dengan betul.
Perbincangan/Pembentangan
6. Selepas tamat aktiviti, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi
minda mengenai kad-kad maklumat yang telah mereka teka tadi.
Penutup
7. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta
kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini.
8. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini.
9. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak
asasi manusia.
Nota rujukan untuk guru :
i.
Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh semua
manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UDHR) yang diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada 10 Disember 1948.
ii.
UDHR mengisytiharkan bahawa setiap manusia dilahirkan sama rata dari segi
maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina
dan pangkat.
iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC).
iv. Terdapat 54 artikel dalam CRC.
31