Modul Hak Asasi Pasca UPSR Penutup 7. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 8. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini. Nota rujukan untuk guru : i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan dalam CRC. iii. Terdapat 54 artikel dalam CRC. iv. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. v. Antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti : • Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC) • Kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat (Artikel 13, CRC) Lampiran contoh ayat Semua manusia adalah sama. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah. Saya hormat kawan saya. Sekolah tempat untuk belajar. Saya sayang guru saya. Semua kanak-kanak perlu bersukan. Kanak-kanak mesti makan banyak sayur dan buah. 29

Select target paragraph3