Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2. Guru menyediakan keratan-keratan ayat pendek yang dimasukkan ke dalam
kotak. Keratan-keratan ayat yang bersesuaian boleh diperoleh pada bahagian
lampiran aktiviti ini.
3. Permainan mempunyai dua pusingan. Pusingan pertama adalah permainan
charade : setiap kumpulan memilih wakil yang akan diminta guru untuk
mengambil satu keratan ayat dari dalam kotak secara rawak. Di hadapan semua
kumpulan, wakil tersebut hanya boleh melakonkan atau memberi pembayang
melalui pergerakan untuk menerangkan kandungan keratan ayat yang diambil.
Wakil tidak boleh bersuara. Pita pelekat boleh digunakan (secara selamat) bagi
mengelak wakil daripada bersuara. Mana-mana kumpulan yang dapat meneka
kerataan ayat terlebih dahulu mendapat satu markah. Wakil setiap kumpulan
diminta bermain secara bergilir.
4. Dalam pusingan kedua, wakil mengambil keratan ayat dari dalam kotak secara
rambang dan semua kumpulan akan cuba meneka isi kandungan keratan. Kali
ini, wakil boleh bersuara tetapi tidak boleh menyebut perkataan yang tertera
pada keratan secara langsung. Sebaliknya, wakil hanya boleh memberikan
pembayang atau menerangkan ciri-ciri perkataan yang cuba disampaikan.
Mana-mana kumpulan yang dapat meneka kerataan ayat terlebih dahulu
mendapat satu markah. Wakil setiap kumpulan diminta bermain secara bergilir.
Perbincangan/Pembentangan
5. Selepas tamat aktiviti, guru berinterasi dengan murid tentang pengalaman
mereka semasa bermain permainan tadi. Perbincangan bolehlah diarahkan
kepada cabaran yang dihadapi untuk menyampaikan pendapat sekiranya tidak
dibenarkan bersuara.
6. Guru seterusnya boleh berbincang dengan murid tentang Artikel 13 Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka dengan bebas,
khususnya mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hak kanak-kanak
dan pandangan mereka perlulah dipertimbangkan oleh orang dewasa. Walau
bagaimanapun, guru haruslah menekankan bahawa hak ini mesti digunakan
secara bertanggungjawab dan bukan digunakan untuk mendatangkan
keburukan ke atas orang lain seperti memfitnah, mengejek, mewujudkan rasa
benci dan sebagainya.
28