Modul Hak Asasi Pasca UPSR Perbincangan/Pembentangan 3. Murid membuat refleksi minda dengan bimbingan guru berdasarkan pengalaman mereka tadi. Guru boleh menggunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan. (i) Apakah perasaan kamu tentang permainan tadi? (ii) Bilakah masa paling mudah untuk Pembuli menangkap Mangsa? Bilakah pula masa paling sukar untuk Pembuli menangkap Mangsa? (iii) Apakah maksud buli? Berikan contoh buli yang kamu tahu. (iv) Apakah perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan gejala buli tidak berlaku di kalangan kamu? 4. Guru kemudian membuat perkaitan antara aktiviti tadi dengan buli serta memberi penerangan tentang gejala buli dari segi definisi, jenis-jenis buli dan cara menangani supaya para murid lebih memahami konteks gejala buli yang sebenar. Penutup 5. Guru mengakhiri aktiviti ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan. 6. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia. Nota rujukan untuk guru : i. Definisi buli : • Perbuatan mengasari orang yang lemah untuk menunjukkan kekuatan masingmasing • Tingkah laku agresif (fizikal atau psikologikal) yang mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, dan harmoni ii. dilakukan untuk Jenis buli : • Fizikal • Bukan fizikal – peras ugut, buli bahasa, buli isyarat, buli perhubungan 25

Select target paragraph3