Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang bagi setiap kumpulan. 2. Setiap murid dalam kumpulan diminta untuk menggunakan bahan bantu belajar (sekiranya perlu) untuk memainkan peranan berikut : i. Murid A : Hanya mempunyai 1 tangan (meletakkan satu tangan ke belakang) ii. Murid B : Tidak mempunyai kedua-dua belah tangan (mengikat tangan menggunakan tali kain ke belakang) iii. Murid C : Tidak boleh melihat (menutup mata dengan sapu tangan) iv. Murid D : Hanya mempunyai 1 kaki (mengangkat sebelah kaki) v. Murid E : Tidak mempunyai kedua-dua belah kaki (duduk berlutut) 3. Murid diminta mendalami peranan sebagai OKU. 4. Setiap kumpulan diberikan 10 – 15 minit untuk melakukan aktiviti harian yang berbeza. Bagi menjimatkan masa, aktiviti dijalankan dalam bentuk stesen. Berikut merupakan cadangan aktiviti bagi setiap stesen : i. Stesen 1 : Membeli makanan dan makan di kantin. ii. Stesen 2 : Bermain sebarang jenis sukan atau permainan (seperti bermain bola sepak). iii. Stesen 3 : Mengulang kaji (seperti membaca dan menulis). iv. Stesen 4 : Membuat aktiviti seni reka seperti melukis dan mewarna. 5. Murid diingatkan bahawa aktiviti ini tiada yang menang atau kalah. 6. Murid digalakkan untuk membantu rakan sekumpulan untuk melakukan aktiviti. Perbincangan/Pembentangan 7. Setiap ahli kumpulan perlu menceritakan pengalaman dan perasaan mereka semasa memainkan peranan sebagai OKU. 8. Murid diberi maklum balas dan penekanan nilai berkaitan refleksi yang dinyatakan oleh mereka. Penutup 9. Guru mengakhiri akiviti dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang berkaitan. 14

Select target paragraph3