Modul Hak Asasi Pasca UPSR
MODUL 2 :
JIKA SAYA JADI DIA
Illustrasi oleh Azari Mat Yasir
Objektif :
i. Murid dapat memahami cabaran berbeza yang dihadapi
golongan orang kurang upaya (OKU) dalam menjalani
kehidupan harian.
ii. Murid memahami keperluan untuk menghormati kelainan
individu serta keperluan kemudahan awam dan bantuan
bagi memperkasa golongan OKU.
Nilai :
Bekerjasama, bantu-membantu, empati, memperkasakan
OKU, kesamarataan dan tiada diskriminasi
Jenis aktiviti :
Main peranan (role play), aktiviti stesen
Bahan bantu
belajar :
Alat tulis, sapu tangan, peralatan sukan (contoh : bola kecil,
raket)
Lokasi :
Di dalam atau di luar bilik darjah
Tempoh masa :
Minimum 45 minit
13