Modul Hak Asasi Pasca UPSR ii. Maklumat tambahan : • Hak asasi manusia menekankan bahawa setiap manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. Hak-hak ini telah didokumentasi dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948. Malaysia merupakan Negara Ahli dalam PBB. • Hak kanak-kanak membentuk sebahagian dari hak asasi manusia. Senarai hak kanak-kanak dinyatakan dalam CRC. • Malaysia merupakan negara ahli kepada CRC sejak 1995. Ini bermaksud, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memastikan hak kanak-kanak dipromosi dan dilindungi di Malaysia. • Terdapat 54 artikel dalam CRC yang menyenaraikan hak kanak-kanak, serta tanggung jawab kerajaan untuk melindungi hak-hak tersebut. • Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. iii. Antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti : • Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC) • Perlindungan daripada sebarang gangguan ke atas privasi (Artikel 16, CRC) • Perlindungan daripada segala bentuk penganiayaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga (Artikel 19, CRC) • Piawaian penjagaan kesihatan dan perubatan (Artikel 24, CRC) • Hak untuk mendapatkan pendidikan (Artikel 28, CRC) Lampiran tema pilihan 1. Hak kanak-kanak kepada pendidikan • Setiap kanak-kanak perlu mendapat akses kepada pendidikan yang secukupnya • Kanak-kanak perlu diberi peluang mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal pada tahap paling tinggi • Kadar keciciran perlu dikurangkan dan kanak-kanak perlu digalakkan untuk hadir ke sekolah 2. Hak kanak-kanak kepada kesihatan 12 • Kanak-kanak mendapat akses secukupnya kepada rawatan kesihatan • Kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sihat

Select target paragraph3