MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
32. Apakah syarat-syarat untuk tindakan halang dan pemeriksaan (stop and search) yang
mematuhi hak asasi manusia?
i. Patuh kepada undang-undang
ii. Wujud keraguan munasabah
iii. Tidak mendiskriminasi
iv. Menjaga maruah diri dan privasi
a. i dan iii
b. i dan ii
c. ii dan iv
d. semua di atas
33. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR berkaitan dengan tangkapan
yang mematuhi hak asasi manusia?
a. Keputusan sama ada perlu menangkap seseorang adalah terletak kepada kuasa
dan budibicara pegawai polis semata-mata
b. Polis dibenarkan menggunakan kekerasan sekiranya orang kena tangkap (OKT)
melawan tangkapan tersebut.
c. Pelanggaran hak asasi manusia semasa tangkapan boleh berlaku apabila
tangkapan dilakukan sewenang-wenang atau cara tangkapan dilakukan
melampaui prinsip keberkadaran.
d. Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan individu kecuali
penafian kebebasan tersebut dibuat mengikut undang-undang.
34. Antara berikut yang manakah hak orang yang kena tahan (OKT)?
i. Hak untuk dimaklumkan sebab tangkapan dengan seberapa segera yang boleh.
ii. Hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah
iii. Hak akses kepada keadilan
iv. Hak untuk dibebaskan dengan seberapa segera yang boleh.
a. i, ii dan iii
b. i dan iii
c. ii dan iii
d. semua di atas
35. Seorang artis wanita terkenal berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam
aktiviti ‘Macau Scam’. Dalam mempertimbangkan sama ada dia perlu sambung reman
atau tidak bergantung kepada kriteria berikut KECUALI...
a. Kerjasama yang diberikan oleh suspek
b. Keseriusan kesalahan yang disyaki dilakukan
c. Status suspek sama ada seorang berprofil tinggi atau sebaliknya
d. Sama ada suspek akan melarikan diri atau tidak
36. Antara berikut, yang manakah dokumen PBB yang menyenaraikan garis panduan
khusus berkaitan penahanan wanita?
a. Peraturan Bangkok
b. Peraturan Beijing
c. Peraturan Mandela
d. Protokol Istanbul
37. Berikut adalah prinsip-prinsip umum penahanan kanak-kanak KECUALI…
a. Penahanan kanak-kanak tidak harus dijadikan suatu kebiasaan sebaliknya ia
adalah langkah terakhir
b. Kanak-kanak perempuan hendaklah ditahan di dalam sel yang berasingan
daripada kanak-kanak lelaki
c. Penahanan kanak-kanak hendaklah untuk tempoh sesingkat yang mungkin.
d. Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sahaja diasingkan daripada
tahanan dewasa
166
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents