MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
20. Negara boleh mengenakan sekatan tertentu kepada pegawai polis seperti hak
mengundi kerajaan pilihan mereka dengan memastikan pegawai polis mengundi parti
yang memerintah sahaja.
a. Benar
b. Salah
Modul 3: Hak asasi manusia dan kepolisan
21. Antara berikut, yang manakah tanggungjawab utama negara terhadap hak asasi
manusia?
i. Melindungi, seupaya mungkin, semua individu daripada sebarang pelanggaran
hak asasi oleh pihak ketiga atau situasi berbahaya;
ii. Tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap hak asasi manusia melainkan
sekatan ini sah di sisi undang-undang, diperlukan dan berkadaran bagi melindungi
hak orang lain.
iii. Menyediakan kepada setiap individu, perkhidmatan asas dan keadaan kehidupan
yang membolehkan mereka menikmati hak asasi mereka sepenuhnya;
iv. Memastikan negara mengamalkan hak asasi manusia selari dengan prinsip dan
kefahaman versi Barat.
a.
b.
c.
d.
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
Semua di atas
22. Sekatan kepada hak dan kebebasan individu hanya dibenarkan apabila..
i. Berlandaskan undang-undang bagi tujuan yang sah
ii. Menerima arahan dari pihak atasan atas kepentingan peribadi
iii. Darurat
iv. Melindungi individu daripada sebarang ancaman
a. i dan ii
b. i dan iii
c. ii dan iv
d. iii dan iv
23. Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan kesan positif sekiranya penguatkuasaan
dijalankan selari dengan undang-undang dan hak asasi manusia?
a. Meningkatkan keyakinan masyarakat awam terhadap PDRM
b. Mewujudkan sistem keadilan jenayah yang dipercayai oleh masyarakat awam
c. Masyarakat bebas mengkritik setiap proses siasatan yang dijalankan oleh PDRM
d. Membina hubungan yang harmoni antara PDRM dan masyarakat awam
24. Berikut merupakan sumber rujukan piawaian hak asasi manusia dalam penguatkuasaan
undang-undang di peringkat antarabangsa KECUALI......
a. Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman yang Zalim,
Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah 1984 (UNCAT)
b. Perlembagaan Persekutuan
c. Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan terhadap Tahanan (Peraturan Mandela)
d. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948
25. Apakah prinsip asas dalam penguatkuasaan undang-undang yang selaras dengan
piawaian hak asasi manusia?
a. Tegas, Adil dan Berhemah
b. Cepat, Tepat dan Sempurna
c. Keberkadaran, Keabsahan, Kebertanggungjawaban dan Keperluan
d. Keselamatan Tanggungjawab Bersama
164
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents