MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.41 Sebelum memulakan temubual, penting untuk memaksimakan nilai penyiasatan dan keterangan maklumat yang telah dikumpul. Penemubual hendaklah mendapatkan dan menyemak sebanyak mungkin keterangan atau maklumat yang tersedia – seperti pernyataan saksi dan mangsa yang telah diambil, pernyataan terdahulu oleh suspek, laporan forensik, keterangan fizikal, imej elektronik dan maklumat. Penemubual hendaklah mengakses kerelevanan dan kebolehpercayaan maklumat yang tersedia dan mengenal pasti kekosongan maklumat yang perlu diisi sebelum dan semasa temubual. 2.42 Apabila membuat persedian temubual – dan sepanjang proses – penemubual hendaklah berwaspada bagi mengelakkan ‘kecenderungan yang berat sebelah’. Penemubual sepatutnya aktif mencari keterangan atau penjelasan yang melangkaui anggapan atau pendapat awal mereka, termasuk yang menunjukkan ketakbersalahan. Dengan mengekalkan set minda sepanjang proses, penemubual kekal objektif sebaiknya. Sepanjang temubual tersebut, mereka patut mempertimbangkan penjelasan alternatif yang munasabah untuk diperiksa dengan teliti bagi menghilangkan keraguan mengenai perkara yang sedang diperiksa dan menetapkan syarat-syarat untuk keputusan yang baik. 2.43 Setiap temubual memerlukan perancangan yang mempunyai rangka butir-butir seperti objektif, soalan spesifik yang akan ditanya, cara merekod, masa, lokasi temubual dan orang lain yang akan berada dalam bilik temubual. Temubual yang berkesan hendaklah mempunyai had masa dan memberi tumpuan terhadap objektif yang jelas. Perancangan yang dibuat patut mempunyai elemen keanjalan memandangkan setiap temubual berbeza-beza dan akan ada pertukaran yang dinamik. 2.44 Mengetahui bagaimana dan bila hendak mengemukakan bukti dan maklumat ketika temubual ialah satu kemahiran utama bagi penemubual; ini patut menjadi sebahagian daripada persediaan menemubual. Masa yang dipilih untuk mendedahkan sesuatu yang berpotensi dijadikan bukti boleh menjadi cara berkesan untuk menentukan kebolehpercayaan kata-kata orang yang ditemubual. Jika dikemukakan terlalu awal, apa-apa maklumat yang diberikan berikutnya oleh orang yang ditemubual mungkin hanyalah pantulan semula apa yang telah diketahuinya semasa temubual atau apa yang difikirkannya patut untuk dikatakan, dan bukannya datang daripada memorinya yang sebenar. Oleh yang demikian, merancang masa yang sesuai untuk mendedahkan maklumat boleh mengurangkan risiko mencemarkan memori orang yang ditemubual. Sebarang pendedahan bukti yang strategik hendaklah sejajar dengan undang-undang negara berkenaan hak suspek iaitu hak mendapatkan maklumat secukupnya mengenai tuduhan supaya boleh mencabar kesahan tangkapan atau penahanan dengan berkesan. 2.45 Dalam membuat persediaan, penemubual patut mempertimbangkan bagaimana hendak merekodkan apa yang dikata. Sebelum temubual, penemubual patut memaklumkan orang yang hendak ditemubual dan peguam mereka bagaimana temubual akan direkodkan dan mendapatkan keizinan bebas dan maklum daripada mereka. 140 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents