MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA PRINSIP-PRINSIP TEMUBUAL BERKESAN UNTUK PENYIASATAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT19 PRINSIP 1 – Asas Temubual yang berkesan ialah temubual yang berpandukan sains, undang-undang dan etika. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian 1.1 Dapatan daripada kajian-kajian saintifik empirikal, piawaian undang-undang antarabangsa, dan tanggungjawab profesional berasaskan nilai merupakan asas temubual yang berkesan. Apabila diterapkan dalam amalan, elemen-elemen asas ini membolehkan penemubual mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai dalam masa yang sama melindungi hak asasi manusia. Asas Saintifik Kajian berkaitan amalan yang tidak berkesan 1.2 Kajian terkini oleh para profesional dan pengamal dari pelbagai disiplin - termasuk psikologi, kriminologi, sosiologi, neurosains, dan perubatan – memberikan bukti penting iaitu penggunaan paksaan, pada mulanya, boleh meningkatkan tentangan daripada orang yang ditemubual dan, jika dilakukan secara berterusan, menyebabkan pemberian maklumat palsu atau pengakuan palsu. Kajian kes dan penilaian sejarah menunjukkan bahawa penggunaan paksaan boleh menyebabkan tindak balas negatif dengan menghalang pengumpulan maklumat berfakta. Lebih-lebih lagi, kajian dalam neurosains menunjukkan bahawa teknik paksaan akan mengganggu dan boleh merosakkan keupayaan otak untuk mengingati kembali memori. 1.3 Kajian telah membuktikan bahawa teknik temubual yang lemah menyebabkan penerimaan maklumat yang tidak boleh dipercayai dan pengakuan palsu kerap berlaku. Teknik sebegitu menyebabkan sabitan dan risikan yang salah di seluruh dunia, sehingga menjejaskan objektif dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan pengumpulan risikan. 1.4 Bukti saintifik menunjukkan bahawa penggunaan kaedah temubual secara paksaan lebih berkemungkinan mengurangkan kecenderungan orang yang ditemubual untuk bekerjasama semasa temubual dan menimbulkan tentangan dari pihaknya, walaupun pada awalnya dia mungkin mahu menjawab soalan. Dalam kes di mana penemubual yang dianiaya memenuhi tuntutan penemubualnya, maklumat yang diberikan diragui kesahihannya, kerana maklumat palsu atau mengelirukan sering diberikan untuk menenangkan penemubual dan mengelakkan atau menghentikan ancaman penyalahgunaan. Prinsip ini dihasilkan pada Mei 2021 dengan usaha Anti-Torture Initiative, Association for the Prevention of Torture (APT), dan Norwegian Centre for Human Rights. Terjemahan ke Bahasa Melayu ini diusahakan oleh APT dan boleh diakses di https://www.apt.ch/en/resources/publications/new-principles-effective-interviewing-investigations-and-information. Sedikit pindaan dibuat kepada terjemahan untuk tujuan cetakan modul ini. 19 126 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents