MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA “Dari segi praktiknya, perbezaan definisi antara layanan buruk dan penyeksaan sering tidak jelas. Pengalaman menunjukkan bahawa keadaan yang menimbulkan layanan buruk sering memudahkan penyeksaan, oleh itu langkah-langkah yang diperlukan untuk mencegah penyeksaan mesti diterapkan untuk mencegah layanan buruk.” • Merujuk kepada kes Ireland lwn UK17, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah memberikan perbezaan di antara penyeksaan dan layanan buruk. Mahkamah tersebut mendapati teknik yang digunakan oleh Kerajaan UK (5 teknik), ke atas anggota Irish Republican Army (IRA) diklasifikasi sebagai layanan buruk. Teknik yang digunakan adalah: i. menutup kepala tahanan dengan hood sepanjang masa kecuali semasa soal siasat; ii. memaksa mereka berdiri untuk jangka masa yang lama dengan postur helang dan menyakitkan; iii. mendedahkan mereka kepada bunyi yang kuat secara berterusan; iv. tidak membenarkan tahanan tidur; dan v. mengehadkan mereka dengan diet satu potong roti dan sedikit air untuk setiap enam jam. • Undang-undang antarabangsa mengambil pendekatan sifar toleransi (zero tolerance approach) terhadap penyeksaan. Artikel 2 UNCAT menyatakan bahawa ‘tidak ada keadaan luar biasa’ untuk membenarkan penyeksaan. • Penyeksaan sewajarnya ditolak oleh mana-mana individu atas sebab berikut: i. Penyeksaan menafikan maruah diri dan nilai individu. ii. Penyeksaan dilarang oleh semua agama dan dianggap tidak bermoral. iii. Penyeksaan memberikan kesan buruk ke atas fizikal dan mental kepada mangsa dan pelakunya. Selain mengalami kecacatan fizikal, mereka akan mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) dan boleh menyebabkan kematian. iv. Maklumat atau pengakuan yang diperolehi di bawah pengaruh penyeksaan tidak berkredibiliti kerana mangsa berada dalam keadaan terpaksa untuk mengelak dari penyeksaan. Case of Ireland v. The United Kingdom, Application no. 5310/71, 1978 ECtHR. Boleh diakses di pautan http:// hudoc.echr.coe.int/fre?i=001-57506 17 85 

Select target paragraph3