MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 1. Penyeksaan – Pengenalan • Penyeksaan atau ‘torture’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘tortus’. Penyeksaan didefinisikan sebagai penderitaan fizikal atau mental yang dikenakan secara sengaja, sistematik atau tidak sengaja oleh satu atau lebih orang yang bertindak sendirian atau atas perintah mana-mana pihak berkuasa, untuk memaksa orang lain memberikan maklumat, membuat pengakuan, atau atas sebab lain.14 • Penggunaan penyeksaan secara sistematik dalam prosedur jenayah bermula sejak zaman tamadun awal lagi. Gambaran penyeksaan boleh dilihat pada monumen-monumen zaman Mesopotamia dan Mesir kuno15 Figure 1 Ukiran pada makam Mereruka di Saqqara menggambarkan lelaki yang dipasung16 • Selepas Perang Dunia Kedua, PBB telah menerima pakai UDHR, yang mana, Artikel 5 menyatakan bahawa ‘tiada sesiapa pun boleh dikenakan penyeksaan atau hukuman dan layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah’. • Larangan penyeksaan diperkukuhkan dengan PBB menerima pakai UNCAT pada 10 Disember 1984. Sehingga tahun 2020, 171 negara daripada 193 negara ahli PBB telah meratifikasi UNCAT menyatakan komitmen untuk menolak penyeksaan dan layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusian dan menjatuhkan maruah. • Dalam ‘General Comment No. 2’ yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa PBB Menentang Penyeksaan (CAT Committee) bertarikh 24 Januari 2008 menyatakan bahawa: Perisytiharan Tokyo 1975 – Garispanduan untuk ahli perubatan berkaitan penyeksaan dan layanan atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah berhubung dengan penahanan dan pemenjaraan. Boleh diakses di https://www.wma.net/policies-post/wma-declaration-of-tokyo-guidelinesfor-physicians-concerning-torture-and-other-cruel-inhuman-or-degrading-treatment-or-punishment-in-relationto-detention-and-imprisonment/. 15 May, L. (2019). Ancient Mesopotamia and Egypt. In Ancient Legal Thought: Equity, Justice, and Humaneness From Hammurabi and the Pharaohs to Justinian and the Talmud. Cambridge: Cambridge University Press 16 Boleh diakses di https://www.asor.org/anetoday/2016/01/crime-and-punishment-in-pharaonic-egypt/ 14 84 

Select target paragraph3