MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA MODUL 5: LARANGAN DAN PENCEGAHAN PENYEKSAAN DAN LAYANAN ATAU HUKUMAN ZALIM, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ATAU MENJATUHKAN MARUAH KANDUNGAN Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Penyeksaan – Pengenalan 2. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT). Aktiviti 1: Faktor yang membawa kepada penyeksaan dan langkah pencegahan Aktiviti 2: Role Play Aktiviti 3: Perbincangan Kajian Kes PENDAHULUAN: Modul ini membincangkan mengenai pencegahan penyeksaan serta kaitannya dengan hak asasi manusia dan kepolisan. Hak untuk bebas daripada sebarang bentuk penyeksaan adalah merupakan hak mutlak yang bermaksud tidak boleh disekat atau dilanggar walau dalam apa keadaan sekalipun. Modul ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan bagi pegawai dan anggota polis memahami situasi penyeksaan serta langkah pencegahan dari berlakunya penyeksaan. Modul ini juga memperkenalkan mengenai UNCAT dan perbincangan lanjut berkenaan hak asasi manusia dan isu-isu penyeksaan. Malaysia memberi komitmen sepenuhnya dalam mengiktiraf hak asasi manusia, namun Malaysia belum menandatangani dan meratifikasi UNCAT. OBJEKTIF MODUL i. ii. Peserta dapat memahami UNCAT. Peserta diberi pendedahan untuk mengenalpasti punca berlakunya penyeksaan serta langkah pencegahan penyeksaan dalam menjalankan tugas kepolisan. iii. Peserta mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang undang – undang antarabangsa berkaitan. 83 

Select target paragraph3