MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Soalan perbincangan:
i. Bagaimana anda menjalankan siasatan ke atas kedua-dua kanak-kanak tersebut dan
memastikan anda mendapat keterangan yang benar dari kedua-duanya?
ii. Apakah yang akan anda lakukan ke atas Ram? Adakah anda akan melibatkan agensi
lain?
iii. Apakah yang akan anda lakukan ke atas Ming memandangkan dia di bawah umur
tanggungjawab jenayah di negara ini? Adakah anda akan melibatkan agensi lain?
4. Soal siasat
• Soal siasat adalah temu bual yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat
berguna. Soal siasat OKT adalah sebahagian proses siasatan yang melibatkan
pengumpulan maklumat dan analisis. Kedua-dua matlamat tersebut akan lebih
berkesan sekiranya pegawai penyiasat melaksanakan tugasan dengan:
i. minda terbuka seperti tidak menggunakan temubual untuk mengesahkan
andaian yang ada.
ii. matlamat untuk mencari maklumat dan fakta, bukan untuk mendapatkan
pengakuan.
iii. mempunyai maklumat sedia ada berkaitan dengan jenayah atau insiden yang
sedang disiasat.
iv. kemahiran dan pengalaman dalam menemubual.
• Pelanggaran hak asasi manusia boleh berlaku semasa soal siasat sekiranya teknik
soal siasat menggunakan kaedah penyeksaan atau layanan yang kejam, tidak
berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah, dan soal siasat tersebut tidak
mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.
• Proses soal siasat sewajarnya direkodkan secara video untuk mengelakkan sebarang
tohmahan kepada pasukan polis. Sebelum soal siasat dimulakan, OKT harus
dimaklumkan tentang haknya.
• Orang yang disoal siasat mempunyai hak-hak seperti berikut:
i. Setiap orang mempunyai hak kepada keselamatan.
ii. Semua orang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh
mahkamah.
iii. Setiap orang mempunyai hak untuk perbicaraan yang adil.
iv. Tiada siapa yang boleh dikenakan sewenang-wenangnya gangguan terhadap
privasinya, keluarga, rumah atau surat-menyurat.
v. Tidak ada orang yang boleh diganggu maruah diri atau reputasi.
vi. Tidak ada tekanan, fizikal atau mental, yang harus dilakukan ke atas suspek, saksi
atau mangsa dalam cubaan untuk mendapatkan maklumat.
vii. Penyeksaan dan tindakan lain yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan
maruah dilarang sama sekali.
viii. Temubual mangsa dan saksi berasaskan kepada konsep siasatan berteraskan
mangsa (victim-centered investigation) di mana menghormati maruah mangsa
dan disesuaikan seboleh mungkin mengikut keperluan dan kehendak mangsa.
ix. Kerahsiaan maklumat yang diperolehi melalui soal siasat harus dipelihara.
x. Tidak ada orang yang dipaksa untuk mengaku bersalah atau memberi
keterangan terhadap dirinya sendiri.
79