MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
ii. Bagaimanakah anda mendapatkan keterangan daripada Ali? Adakah anda akan
melibatkan agensi/pihak lain?
iii. Apakah yang akan anda lakukan ke atas Ali memandangkan dia masih kanak-kanak?
Kajian Kes 3
Mary (16 tahun) telah lari dari rumah dan menghabiskan waktu malam di jalanan.
Dia melacurkan diri untuk meneruskan kehidupan. Suatu malam ketika Mary berada
di dalam kereta dengan seorang lelaki yang lebih tua, lelaki itu enggan membayar
perkhidmatan yang diberikannya menyebabkan Mary mengambil wang dari dompet lelaki
tersebut secara paksa. Berlaku pergelutan sehingga Mary mengambil pisau dan menikam
lelaki tersebut serta-merta. Polis tiba di tempat kejadian dan menjumpai Mary masih
memegang pisau dan dalam keadaan trauma.
Soalan perbincangan:
i. Sebagai pegawai polis, apakah langkah yang akan anda ambil apabila menghadapi
kes ini?
ii. Bagaimanakah anda mendapatkan keterangan daripada Mary? Adakah anda akan
melibatkan agensi/pihak lain?
iii. Apakah yang akan anda lakukan ke atas Mary memandangkan dia masih kanak-kanak
dan berada dalam keadaan trauma?
Kajian Kes 4
Ram (10 tahun) dan Ming (12 tahun) adalah dua rakan baik yang tinggal di bandar.
Mereka selalu ponteng sekolah dan suka menghabiskan masa mereka dengan lepak
bersama rakan-rakan yang lain. Ram, walaupun lebih muda dari Ming, mempunyai
keyakinan diri dan lebih agresif daripada Ming. Semasa bersama kawan-kawan yang
lain kadang-kadang mereka membuli dan mencuri wang kanak-kanak lain. Kehidupan
keluarga Ram porak-peranda di mana ibunya ketagihan dadah dan ayah tirinya
seorang pendera. Ram dikenali oleh pihak polis kerana sering menimbulkan masalah dan
samseng. Sekolah melaporkan bahawa Ram adalah seorang yang pintar tetapi terabai
menyebabkan pelajarannya merosot.
Ming baru berpindah dari luar bandar ke bandar dan bertemu dengan Ram di sekolah
tersebut di mana mereka menjadi kawan. Keluarga Ming sering berpindah dari satu
tempat ke tempat lain menyebabkan dia sering ketinggalan dalam pendidikan. Sejak
bertemu dengan Ram, Ming selalu ponteng sekolah dan mengikuti Ram melepak. Ming
lahir dalam keluarga yang besar dan merupakan anak sulung daripada enam orang adik
beradik. Manakala ibu dan bapanya bekerja keras untuk memperoleh wang yang cukup
untuk keluarga. Ming sering ditinggalkan untuk menjaga adik-adiknya, memasak dan
mengemas rumah. Ming seorang pendiam dan merasakan tanggungjawab dipikulnya
sangat sukar. Dia mencemburui apa yang dilihatnya sebagai kebebasan Ram dan ingin
menjadi seperti Ram.
Suatu hari Ram dan Ming memutuskan untuk mencuri sejumlah wang dari penjual pasar.
Namun, berlaku pergelutan. Ram mengeluarkan pisau dan cuba menikam penjual tersebut
sementara Ming memukulnya dua kali sebelum beberapa orang yang lalu di kawasan
tersebut ternampak kejadian berkenaan dan menahan kedua-dua budak itu sehingga
polis tiba. Sebagai polis, anda tiba di tempat kejadian. Anda mendapati Ram agresif dan
banyak bercakap, manakala Ming pendiam dan tenang.
78