MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 7: Penahanan kanak-kanak: Perlu atau tidak?
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan keperluan untuk menahan kanak-kanak untuk
kesalahan yang dilakukan mengambil kira situasi kanak-kanak tersebut
Bahan: Kajian kes
Tempoh masa: 40 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Bahagikan peserta kepada 4 kumpulan.
b. Setiap kumpulan diberikan kajian kes di bawah dan diminta untuk membincangkan
kajian kes tersebut selama 10 minit.
c. Selepas itu beberapa kumpulan diminta untuk berkongsi penyelesaian mereka terhadap
kajian kes tersebut. Peserta lain digalakkan memberi komen atau soalan kepada
pembentang.
Kajian Kes 1
Anda adalah pegawai polis yang keluar bertugas apabila anda ternampak seorang kanakkanak lelaki berusia 11 tahun memecah masuk sebuah rumah. Apabila dia melihat polis,
dia melarikan diri dengan memegang sebuah telefon bimbit. Anda mengesyaki bahawa
telefon tersebut dicuri daripada rumah berkenaan. Sebaik sahaja anda mengejar dan
berjaya menangkapnya, anda mendapat tahu bahawa dia telah tinggal di jalanan selama
18 bulan dan mencuri makanan dari rumah ke rumah. Dia sudah lama tidak bersekolah
sejak ayahnya meninggal dunia.
Soalan perbincangan:
i. Sebagai pegawai polis, apakah langkah pertama yang akan anda lakukan untuk
menyiasat kes ini?
ii. Adakah anda akan mengambil reman ke atas budak lelaki tersebut? Adakah anda
akan melibatkan agensi/pihak lain?
iii. Apakah yang akan anda lakukan memandangkan dia masih kanak-kanak?
Kajian Kes 2
Ali berumur 15 tahun dan tinggal bersama kedua ibu bapanya. Dia agak ketinggalan
dalam pelajaran kerana sering ponteng sekolah. Tetapi gurunya menggambarkannya
sebagai seorang pelajar pintar dan mempunyai masa depan yang baik sekiranya dia rajin
dan meneruskan persekolahan. Ali suka keluar dari rumahnya pada waktu malam tanpa
keizinan ibu bapanya dan bertemu dengan rakan-rakannya yang lebih tua. Semasa dia
bersama mereka, dia telah mengambil dadah. Suatu hari dia ditangkap mengambil
ganja, namun jumlah yang dimilikinya amat banyak sehingga menimbulkan syak
bahawa dia telah menjualnya kepada orang lain juga.
Soalan perbincangan:
i. Sebagai pegawai polis, apakah langkah yang akan anda ambil apabila menghadapi
kes ini?
77