MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kajian kes: Menempatkan kumpulan yang berbeza ke dalam sel tahanan
Anda menangkap sekumpulan penunjuk perasaan yang terlibat dalam tunjuk perasaan
ganas di luar sebuah mahkamah di mana seorang lelaki sedang dibicara kerana kesalahan
merogol kanak-kanak. Seorang pegawai polis terbunuh dan tiga lagi cedera ketika
mengawal tunjuk perasaan tersebut. Suspek telah ditangkap dan dibawa ke balai polis
untuk tindakan selanjutnya. Suspek terdiri daripada:
• Seorang ibu dan anaknya yang berumur 10 tahun
• Tiga wanita dewasa
• Tujuh lelaki: seorang mengalami luka peluru di kakinya dan seorang lagi berkerusi
roda.
Anda adalah pegawai yang bertanggungjawab. Anda mesti menempatkan OYDS di dalam
sel yang sesuai. Terdapat tiga sel di balai polis berkenaan. Setiap sel boleh memuatkan 7
orang.
SEL 1 diduduki oleh seorang kanak-kanak lelaki, berumur 17 tahun, yang dituduh merogol
seorang kanak-kanak perempuan.
Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini?
SEL 2 diduduki oleh 5 OYDS lelaki yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan
dari serangan bersenjata hingga rompakan.
Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini?
SEL 3 kosong.
Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini?
76