MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 5: Penahanan sah
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan penahanan yang sah dan prosedur berkaitan.
Bahan: Senario-senario kes perbincangan
Tempoh masa: 15 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Berdasarkan senario di bawah, bincangkan sama ada penahanan yang sah telah atau
boleh dilakukan atau sebaliknya? Berikan alasan kepada jawapan tersebut.
i. Pada satu sekatan jalan raya, anda menahan seorang wanita kerana memandu
dalam keadaan mabuk. Anda membawanya ke balai polis. Bolehkah anda
menahannya sehingga dia dibawa ke mahkamah 48 jam kemudian?
ii. Seorang lelaki di pusat membeli-belah mengacukan pistol dan mengancam orang
ramai. Anda menangkap lelaki tersebut dan membawanya ke balai polis. Bolehkah
anda menahannya secara sah?
iii. Sebilangan penduduk di suatu kawasan telah mencuri barangan di sebuah kedai
di kawasan itu. Ramai jurugambar telah mengambil gambar orang yang mencuri.
Anda tiba di tempat kejadian. Anda menangkap 20 orang dan membawa mereka
ke balai polis. Adakah anda akan menahan mereka?
Aktiviti 6: Penempatan OYDS
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan penempatan OYDS di dalam sel yang sesuai
dan sah.
Bahan: Kajian kes
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Bahagikan peserta kepada 5 atau 6 kumpulan.
b. Setiap kumpulan diberikan kajian kes di bawah dan diminta untuk membincangkan
kajian kes tersebut selama 10 minit.
c. Selepas itu beberapa kumpulan diminta untuk berkongsi penyelesaian mereka terhadap
kajian kes tersebut. Peserta lain digalakkan memberi komen atau soalan kepada
pembentang.
d. Tenaga pengajar menamatkan aktiviti dengan rumusan berkaitan prinsip-prinsip asas
penempatan OYDS di dalam lokap.
75