MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
c. Prinsip-prinsip umum penahanan Orang Kurang Upaya
• Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan
jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang mana dalam interaksi
dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan mereka dengan berkesan
dan sepenuhnya dalam masyarakat secara saksama dengan orang lain.
i. Penangkapan atau penahanan seseorang yang mempunyai kekurangan
jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria harus mengikut undangundang dan selaras dengan kemanusiaan dan maruah diri. Tiada Orang Kurang
Upaya boleh dilucutkan kebebasannya secara tidak sah atau sewenangwenangnya.
ii. Setiap orang yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,
intelektual atau deria yang dilucutkan kebebasannya akan dilayan secara
berperikemanusiaan dan bermaruah, dan mengambil kira keperluan mereka
termasuk dengan penyediaan penyesuaian yang munasabah.
iii. Negara hendaklah memastikan perkhidmatan yang tersedia untuk tahanan
semasa dalam penahanan dapat diakses secara saksama oleh Orang Kurang
Upaya.
iv. Alternatif kepada penahanan harus diutamakan sekiranya kemudahan
tempat tahanan yang sesuai dengan ketidakupayaan tidak dapat disediakan.
v. Negara hendaklah memastikan bahawa tindakan tatatertib tahanan
mengambil kira ketidakupayaan seseorang.
vi. Negara hendaklah memastikan bahawa Orang Kurang Upaya dimaklumkan
mengenai penahanan dan diberikan akses dengan segera dan mengikut
keperluan kepada bantuan yang sesuai untuk melaksanakan kapasiti
perundangan mereka, termasuk melalui penyediaan jurubahasa, maklumat
dalam format yang boleh diakses dan / atau pihak ketiga yang bebas yang
tidak diambil bekerja oleh penguatkuasa undang-undang serta berkelayakan.
vii. Orang Kurang Upaya mesti menikmati kapasiti undang-undang sepenuhnya,
akses kepada keadilan secara saksama dengan orang lain, layanan
yang saksama di sisi undang-undang, serta pengiktirafan sebagai individu di
hadapan undang-undang.
viii. Komunikasi melibatkan Orang Kurang Upaya di dalam penahanan adalah
secara saksama dengan orang lain.
ix. Orang Kurang Upaya hendaklah dibenarkan untuk menyimpan sebarang
bentuk alat bantuan yang berkaitan dengan kekurangan upaya mereka
di dalam lokap. Sekiranya pihak berkuasa perlu merampas sebarang bentuk
alat bantuan di atas alasan keselamatan, alternatif mesti disediakan.
74