MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa melainkan jika ia disifatkan demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu untuk tidak berbuat demikian dan hendaklah mempunyai hak untuk mengekalkan perhubungan dengan keluarganya melalui surat-menyurat dan lawatan kecuali dalam hal keadaan yang luar biasa; d) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucutkan kebebasannya hendaklah mempunyai hak akses yang cepat kepada bantuan guaman dan bantuan sesuai yang lain serta hak untuk mencabar kesahan pelucutan kebebasannya di hadapan mahkamah atau pihak berkuasa lain yang berwibawa, bebas dan saksama, dan kepada keputusan yang cepat mengenai apa-apa tindakan yang sedemikian.” • Penahanan kanak-kanak adalah melanggar CRC sekiranya ia dilakukan menyalahi undang-undang dan / atau secara arbitrari. Penahanan yang menyalahi undangundang adalah penahanan secara arbitrari tetapi penahanan secara arbitrari tidak semestinya menyalahi undang-undang.Maksud arbitrari lebih luas merangkumi penahanan yang dilakukan secara ‘tidak adil’, ‘tidak wajar’ atau ‘penyalahgunaan kuasa’. • Penahanan kanak-kanak tidak harus dijadikan suatu kebiasaan sebaliknya ia adalah langkah terakhir selepas alternatif kepada penahanan tidak memadai untuk mencapai objektif yang sah. Alternatif tersebut adalah seperti pelaporan kepada polis secara berkala; teguran atau amaran polis; permohonan maaf bertulis atau lisan; khidmat masyarakat; pemulihan kepada mangsa; penyertaan wajib dalam kaunseling atau rawatan terapi untuk penyalahgunaan dadah atau alkohol. • Sekiranya penahanan ke atas kanak-kanak adalah benar-benar perlu: i. Kanak-kanak mesti ditahan secara berasingan daripada orang dewasa, ii. Kanak-kanak perempuan hendaklah ditahan di dalam sel secara berasingan daripada kanak-kanak lelaki melainkan adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak untuk ditempatkan bersama ahli keluarga yang juga ditahan. iii. Kanak-kanak diberikan hak untuk kehadiran ibu bapa atau penjaga di semua peringkat proses siasatan, kecuali jika dipertimbangkan sebaliknya untuk kepentingan terbaik kanak-kanak. iv. Semasa dalam tahanan, kanak-kanak diberikan penjagaan, perlindungan dan bantuan sosial, pendidikan, vokasional, psikologi, perubatan dan fizikal yang mungkin mereka perlukan. v. Dalam semua proses kehakiman yang memberi kesan kepada kanak-kanak, kanak-kanak itu mempunyai peluang untuk didengar secara langsung atau melalui wakil pilihannya. Pandangan kanak-kanak harus diambil kira oleh pihak berkuasa yang berkenaan. vi. Sekiranya boleh, penahanan reman diganti dengan alternatif lain seperti pengawasan ketat, penjagaan intensif atau penempatan bersama keluarga dalam persekitaran pendidikan atau rumah, atau tempat lain yang selamat. vii. Kanak-kanak akan dijamin hak kehadiran peguam mengikut pilihan mereka dan, jika diperlukan, akses kepada perkhidmatan undang-undang secara percuma, dari masa tangkapan sehingga kepada proses keadilan jenayah. Bantuan undang-undang boleh diakses, sesuai dengan umur dan responsif terhadap keperluan kanak-kanak. viii. Kanak-kanak tidak boleh digari ketika penangkapan dan sepanjang penahanan. 73 

Select target paragraph3