MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 4. Suspek adalah seorang lelaki berusia lewat 30-an yang terlibat dalam 4 kejadian rompakan bersenjata di 3 buah negeri. Suspek disyaki memiliki senjata api. 5. Suspek adalah seorang artis wanita terkenal berusia 35 tahun dan disyaki terlibat dalam aktiviti ‘Macau Scam’. Ketika tangkapan hendak dilakukan beliau cuba melarikan diri. 6. Suspek adalah seorang bekas tentera yang mengalami masalah skizofrenia. Laporan polis dibuat oleh dua orang wanita terhadap beliau kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. b. Hasil perbincangan ditulis di atas kertas mahjong dan dibentangkan. 3. Penahanan Jawab Betul atau Salah 1. Sekiranya anda menangkap seseorang, anda juga mesti menahannya. 2. Penahanan adalah sesuatu pengecualian, bukan kebiasaan. 3. Seseorang yang telah ditangkap secara sah (dengan kata lain, penangkapan itu berdasarkan bukti yang munasabah, tidak diskriminasi dan betul dari segi prosedur), dia kehilangan hak kepada kebebasan. 4. Seseorang tahanan tidak boleh berjumpa dengan peguamnya secara tertutup dan tidak dapat didengar. Seorang anggota polis mesti hadir semasa perjumpaan tersebut. 5. Seorang ibu dan anak lelakinya yang berumur 12 tahun boleh ditahan di dalam sel yang sama. 6. Penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman tetapi masih mempunyai kes lain yang dibicarakan di mahkamah boleh ditahan di dalam satu sel dengan tahanan reman lain jika kesalahan mereka sama. 7. Pegawai yang bertugas di lokap bertanggungjawab untuk semua perkara yang berlaku di dalam sel. • Penahanan adalah satu bentuk batasan kepada hak asasi terhadap kebebasan diri dan bergerak. ‘Orang Yang Disyaki’ (OYDS) bermaksud mana-mana orang yang belum dilucutkan kebebasan diri kecuali mereka telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah. • Penahanan bermaksud menafikan kebebasan seseorang tanpa kerelaannya susulan daripada tangkapan. Terdapat tiga kaedah penahanan di bawah undang-undang Malaysia iaitu pemenjaraan, sekatan dan accompaniment. • Sesuatu penahanan adalah sah apabila ia dilaksanakan mengikut prosedur penahanan yang ditetapkan oleh undang-undang termasuklah ditempatkan di tempat tahanan yang telah digazetkan. • Anggota atau pegawai Polis mempunyai kuasa untuk menahan seseorang selama 24 jam selepas tangkapan untuk tujuan siasatan. Sekiranya penahanan tersebut hendak dilanjutkan maka permohonan reman perlu diperolehi daripada Majistret. Maksimum tempoh reman adalah 14 hari. 70 

Select target paragraph3