MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA dan sijil pemilikan kereta. Selepas diperiksa, didapati kenderaan tersebut tiada saman tertunggak. 2. Kenderaan yang memenuhi ciri-ciri kenderaan yang digunakan untuk rompakan bersenjata dari segi nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Walau bagaimanapun pemandu dan penumpang adalah warga emas. 3. Anda telah menerima maklumat risikan mengenai serangan pengganas di kawasan tersebut oleh kumpulan pengganas asing. Antara berikut, siapakah yang akan anda tangkap apabila mereka melalui sekatan jalan berkenaan dan kenapa? i. Sebuah kenderaan dengan empat lelaki warga asing memakai pakaian tradisional Arab. Mereka mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk kenderaan tersebut. ii. Sebuah kenderaan dengan seorang wanita dan kanak-kanak. Kenderaan tersebut didapati mempunyai rekod kenderaan dicuri. b. Bincangkan jawapan yang diberikan oleh peserta serta alasan-alasan mereka. Aktiviti 4: Perbincangan dan pembentangan Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan pengunaan kekerasan semasa tangkapan dan prosedur tangkapan melibatkan kumpulan rentan. Bahan: Senario kes perbincangan, kertas mahjong dan pen marker. Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan a. Bahagikan kepada 5 atau 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu senario kes tangkapan untuk perbincangan kumpulan seperti berikut. Anda diarahkan untuk melakukan tangkapan terhadap individu-individu berikut. Jelaskan bagaimana proses tangkapan yang akan anda lakukan terhadap suspek selaras dengan prosedur perundangan dan prinsip hak asasi manusia. Bincangkan juga daripada aspek keperluan penggunaan kekerasan, senjata api, gari, pemeriksaan badan, iringan dan lain-lain tindakan untuk tujuan tangkapan. 1. Suspek adalah Orang Kurang Upaya pendengaran dan percakapan yang disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Suspek berusia lewat 20-an dan bertubuh sasa. 2. Suspek adalah seorang Menteri Besar berusia 50 tahun yang disegani ramai. Satu laporan polis dibuat terhadap beliau di mana beliau didakwa mencabul kehormatan setiausahanya. 3. Suspek adalah kanak-kanak berusia 15 tahun yang bertubuh kecil tetapi didakwa membuli dan memukul rakan sekelasnya. Ketika tangkapan hendak dilakukan kanak-kanak tersebut cuba melarikan diri dan meronta-ronta. 69 

Select target paragraph3