MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
a. Panduan umum penggunaan senjata api
• Secara asasnya penggunaan senjata api hanya dibenarkan dalam situasi berikut:
keadaan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri;
untuk mempertahankan diri sendiri atau melindungi diri orang lain daripada
bahaya yang mengancam nyawa atau kecederaan serius.
Untuk menghalang perlakuan jenayah serius yang mengancam nyawa atau
untuk menangkap atau menghalang individu yang boleh memberi ancaman
nyawa daripada melarikan diri atau melawan usaha menghalang perlakuan
jenayah berat tersebut;
Selepas pendekatan yang kurang berbahaya tidak memadai; atau
Penggunaan kekerasan yang membahayakan nyawa dan apabila tidak dapat
dielakkan untuk melindungi nyawa manusia.
•
Prosedur menggunakan senjata api:
Pegawai hendaklah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis
Pegawai hendaklah memberikan amaran yang jelas
Pegawai memberikan masa yang memadai untuk amaran yang diberikan
dipatuhi
TETAPI prosedur ini tidak diperlukan sekiranya kelewatan bertindak akan
menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada pegawai atau orang
lain, atau jika jelas bahawa keadaan tidak sesuai untuk mematuhi prosedur
tersebut.
•
Selepas senjata api digunakan:
Bantuan perubatan diberikan kepada semua yang tercedera
Saudara terdekat mereka yang terkesan dimaklumkan
Siasatan dijalankan dengan segera
Laporan penuh dan lengkap insiden tersebut disediakan.
Aktiviti 3: Senario Tangkapan
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan senario-senario di mana tangkapan dilakukan
secara sah.
Bahan: Senario-senario kes perbincangan, kertas dan pen
Tempoh masa: 20 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Baca senario kes di bawah dan minta setiap peserta menulis jawapan serta alasan di
atas kertas.
Anda bertanggungjawab membuat sekatan jalan raya. Kenderaan berikut melalui
sekatan jalanraya tersebut. Siapakah yang akan anda tangkap? Berikan alasan
jawapan tersebut.
1. Kereta Proton Saga lama tanpa nombor plat. Pemandu dan penumpang mempunyai
dokumen yang diperlukan seperti lesen memandu, kad pengenalan diri, cukai jalan
68