MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Cadangan jawapan untuk tenaga pengajar Tindakan yang betul Tindakan yang salah • Berhak untuk menghentikan seseorang sekiranya ada kecurigaan yang munasabah berdasarkan laporan yang diterima mengenai kejadian serta deskripsi mengenai kereta. • Berkadar - ya. Ia adalah berkadar untuk memberhentikan kereta. Semakin besar kesalahannya, semakin tinggi risiko. • Mereka memperkenalkan diri mereka sendiri. • Mereka menerangkan tujuan pemeriksaan kereta dibuat. Mereka mempunyai kecurigaan yang munasabah untuk membuat pemeriksaan. • Tidak sah menahan kenderaan atau orang jika tidak ada alasan munasabah. • Pemeriksaan badan hendaklah dilakukan oleh individu sama jantina. Kumpulan 3: Menggeledah premis Pelakon: Lima pegawai polis dan tiga orang di premis iaitu seorang wanita menyusukan bayi, seorang wanita tua yang pekak dan kanak-kanak 10 tahun. Prop: Senapang, boneka Jalan cerita: Polis mendapat banyak aduan dari masyarakat mengenai sebuah rumah yang dijadikan sebagai kilang dadah. Lima anggota polis pergi ke premis tersebut. Anda mengetuk pintu dan memperkenalkan diri anda sebagai pegawai polis. Tidak ada yang membuka pintu. Anda mengetuk lagi. Tiada jawapan. Anda memecahkan pintu dan masuk lalu mengacukan pistol. Di dalamnya terdapat seorang wanita yang sedang menyusukan bayi, seorang wanita tua dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun. Mereka enggan bekerjasama. Anda memberitahunya bahawa anda akan menangkapnya jika dia tidak bekerjasama. Anda meminta wanita tua itu untuk mendedahkan lokasi dadah tersebut disimpan. Dia tidak menjawab. Anda sedar bahawa dia pekak. Anda menyoal kanak-kanak berusia 10 tahun mengenai dadah tersebut. Anda sedar dia tidak bercakap bahasa yang anda fahami. Anda mula menggeledah rumah, , dan anda merampas beberapa barang tetapi tidak merekodkan apa yang diambil. Anda beredar dari premis tersebut. 62 

Select target paragraph3