MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 2: Lakonan situasi
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai hak
dan menjelaskan prosedur dalam membuat pemeriksaan yang sah mengikut piawaian
antarabangsa.
Bahan: Senario kes, kertas mahjong, pen marker
Tempoh masa: 20 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Bahagikan peserta kepada 4 kumpulan.
b. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membaca senario kes yang diberikan
dan mereka dikehendaki melakonkan senario tersebut.
c. Kumpulan lain dikehendaki membuat catatan bagi setiap lakonan berdasarkan
persoalan berikut:
• Adakah pemeriksaan yang dijalankan sah?
• Adakah semua prosedur yang ditetapkan telah diikuti?
d. Setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka selepas lakonan.
Kumpulan 1: Di jalanan
Pelakon: Dua pegawai polis dan dua orang pemuda
Prop: Pisau dan pistol
Jalan cerita:
Anda dan rakan anda adalah dua pegawai polis yang tidak memakai uniform
polis. Anda mendengar bunyi letupan kuat di sebatang jalan seperti bunyi letupan
senjata api. Tiba-tiba anda melihat dua pemuda berlari. Anda menjerit ‘berhenti’
sambil mengacukan pistol ke arah mereka. Mereka bekerjasama dengan berhenti
daripada berlari. Anda menghampiri mereka. Anda tidak memperkenalkan diri atau
menunjukkan kad kuasa anda tetapi memberitahu bahawa anda adalah polis.
Anda tidak bertanya soalan. Anda memusingkan kedua-dua pemuda berkenaan
menghadap dinding dan meletakkan tangan mereka ke atas dinding. Anda
melakukan pemeriksaan tepuk ke bawah. Anda menjumpai pisau dan jam tangan
emas. Anda meletakkan pisau dan jam tangan emas ke dalam poket anda. Anda
kemudian melepaskan mereka pergi.
60