MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA bahawa dia tidak nampak muka pencuri berkenaan, tetapi jirannya mengesyaki bahawa pencuri itu adalah Hasbi. Bolehkah anda pergi ke rumah Hasbi dan membuat penggeledahan berdasarkan maklumat yang diperolehi ini? 3. Seorang wanita di satu hentian teksi menjerit bahawa dompetnya telah dicuri. Anda tiba di tempat kejadian pada ketika itu. Anda menyuruh semua orang untuk diam. Anda melihat seorang lelaki muda yang berkelakuan pelik. a) Bolehkah anda membuat pemeriksaan badan ke atas lelaki berkenaan? b) Bolehkah anda menyoalnya? c) Bolehkah anda menyoalnya dan pada masa yang sama memeriksa badannya? 4. Anda menyoal pemuda itu. Dia nampaknya tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut. Dia menjawab soalan dengan mudah dan tidak kelihatan agresif. Bolehkah anda memeriksa badannya pula selepas itu? b. Kemudian bincang jawapan kepada senario kes tersebut berdasarkan kepada syaratsyarat untuk pemeriksaan dan penggeledahan yang telah dipelajari. Tenaga pengajar boleh merujuk kepada jawapan berikut sebagai panduan semasa perbincangan : Jawapan Senario 1: Tidak sesuai untuk menghentikan mereka dan membuat pemeriksaan hanya berdasarkan kepada bahasa percakapan atau pakaian mereka. Jika tindakan tersebut diambil ia boleh dianggap sebagai satu diskriminasi dan penguatkuasaan yang selektif. Perlu wujud kecurigaan yang munasabah untuk melakukan pemeriksaan. Fakta bahawa lelaki itu bercakap bahasa asing bukanlah kecurigaan yang munasabah. Perlu ada maklumat risikan atau aduan atau tingkah laku suspek yang mencurigakan untuk membenarkan pemeriksaan dokumen atau badan dilakukan. Jawapan Senario 2: Anda boleh ke rumah Hasbi dan bertanya kepadanya kerana anda mempunyai saksi yang telah memberikan identiti Hasbi. Penggeledahan hanya boleh dilakukan mengikut dan memenuhi seksyen 62 KPJ oleh pegawai yang berpangkat Inspektor ke atas. Jawapan Senario 3 dan 4: Ya dan tidak. Kelakuan pelik adalah subjektif dan memerlukan penjelasan lanjut kerana mungkin dia ada penyakit yang membuatnya bertindak pelik. Sebaiknya dimulakan dengan menyoal dan pemeriksaan lanjut adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh individu berkenaan. Pemeriksaan badan dilakukan setelah ada keraguan yang munasabah bahawa individu berkenaan adalah penyeluk saku. Sekiranya berdasarkan jawapan yang diberikan tiada keraguan munasabah maka tidak perlu diteruskan dengan pemeriksaan. 59 

Select target paragraph3