MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Tindakan menghalang dan membuat pemeriksaan hendaklah berasaskan
kecurigaan yang munasabah yang timbul sebelum ia dilakukan. Dalam hal ini,
undang-undang melarang sebarang bentuk diskriminasi dari sudut bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, politik atau pendapat lain, asal usul negara atau sosial,
harta benda, kelahiran atau status lain.
•
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan setiap individu
termasuk dalam penguatkuasaan undang-undang.
Syarat 3: Memelihara privasi dan maruah diri
•
Pemeriksaan badan hendaklah dilaksanakan secara profesional dan menghormati
maruah diri suspek serta dilakukan dengan cara yang sopan untuk mengurangkan
rasa malu suspek. Antaranya adalah pemeriksaan badan perlu dilakukan oleh
individu sama jantina (Seksyen 19 (2) Kanun Prosedur Jenayah).
•
Proses pemeriksaan badan mesti dilakukan secepat mungkin dan pemeriksaan
yang kurang intrusif didahulukan berbanding yang berbentuk intrusif bergantung
kepada kadar kesalahan atau situasi kes.
•
Apa-apa maklumat peribadi yang diperolehi hasil pemeriksaan terhadap suspek,
tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kecuali melalui saluran sah undangundang.
Aktiviti 1: Senario pemeriksaan dan penggeledahan
Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan senario-senario di mana pemeriksaan dan
penggeledahan dilakukan secara sah.
Bahan-bahan: Senario-senario kes perbincangan, kertas dan pen
Tempoh masa: 20 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan
a. Baca senario kes di bawah dan minta setiap peserta tulis jawapan serta alasan di atas
kertas.
1. Anda melihat beberapa lelaki bercakap menggunakan bahasa yang anda tidak
faham. Anda sedar bahawa mereka bukan warganegara. Mereka tidak kelihatan
seperti pelancong berdasarkan kepada pakaian. Anda mengesyaki mereka
berada di negara ini secara tidak sah. Bolehkah anda menghalang pergerakan
mereka dan membuat pemeriksaan dokumen ke atas mereka? Adakah anda
boleh melakukan pemeriksaan badan terhadap mereka?
2. Anda diarahkan ke tempat kejadian pecah rumah di sebuah kampung. Seorang
pencuri telah mencuri basikal dari rumah tersebut. Pemilik rumah mengatakan
58