MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA (c) untuk mendapatkan bukti yang berkaitan dengan sebab penangkapan atau untuk mencegah pelupusan bukti tersebut oleh orang kena tangkap. • Jadual 4, Seksyen 20A Kanun Prosedur Jenayah, menyenaraikan prosedur berkaitan pemeriksaan badan antaranya membahagikan bentuk pemeriksaan badan kepada: i. ii. iii. iv. • Pemeriksaan tepuk; Pemeriksaan tanggal; Pemeriksaan dalaman; Pemeriksaan intrusif. Seorang pegawai polis yang melakukan pemeriksaan badan hendaklah melakukannya secara profesional dan menghormati maruah orang yang ditangkap. Pegawai polis hendaklah mematuhi prosedur berikut dengan ketat: (a) sebelum sebarang pemeriksaan dimulakan, pegawai hendaklah memperkenalkan dirinya kepada orang yang ditangkap dan hendaklah berbudi bahasa, profesional dan tidak boleh menggunakan bahasa atau komen yang tidak perlu atau merendahkan orang yang ditangkap dan hanya menimbulkan rasa malu yang minimum kepada individu tersebut; (b) pemeriksaan tidak melebihi daripada yang diperlukan untuk memastikan tiada artikel berbahaya atau menyalahi undang-undang yang disembunyikan pada orang yang ditangkap; (c) pegawai yang melakukan pemeriksaan hendaklah daripada jantina yang sama dengan orang yang ditangkap; (d) jika jantina orang yang ditangkap diragui, penentuan jantina hendaklah melalui temu ramah atau melalui kad pengenalan diri atau surat beranak sebelum pemeriksaan dilakukan oleh pegawai; (e) untuk pemeriksaan tanggal, dalaman dan intrusif, pegawai kedua yang terdiri daripada jantina yang sama dengan orang yang ditangkap mesti ada semasa pemeriksaan; (f) tidak ada pegawai yang boleh mendedahkan kepada orang ramai sebarang kecelaan, kekurangan atau kecacatan bahagian badan yang didapati pada badan orang yang ditangkap semasa proses pemeriksaan; (g) semasa pemeriksaan, pegawai hendaklah menghormati sensitiviti agama dan budaya, ciri-ciri fizikal, psikologi, kesihatan dan mental orang yang ditangkap. Sebagai contoh, dalam kes yang melibatkan keperluan untuk membuka tudung wanita atau penutup kepala lelaki, sensitiviti agama dan budaya hendaklah dihormati; (h) apabila seseorang yang ditangkap mengandung, tua atau Orang Kurang Upaya, pemeriksaan harus dilakukan dengan cara yang betul mempertimbangkan keadaan kesihatan dan fizikal seseorang. Syarat 2: Kesamarataan dan larangan diskriminasi di sisi undang-undang • Sebagai penguatkuasa undang-undang, setiap undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara adil, tidak kira apa pun prasangka atau pandangan peribadi penguatkuasa undang-undang berkenaan. Adalah tidak profesional untuk menerapkan undang-undang secara selektif, atau mengikut pandangan peribadi walaupun bertepatan dengan pandangan masyarakat. 57 

Select target paragraph3