MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Hak asasi manusia yang mungkin dihadkan ketika tindakan halang dan pemeriksaan
dilakukan ialah:
Hak-hak yang terkesan
Kebebasan untuk bergerak
Sumber-sumber
Perkara
9
Persekutuan
Hak untuk dianggap tidak Perkara
5
bersalah sehingga dibuktikan Persekutuan
bersalah oleh mahkamah
Hak kepada maruah diri.
Perkara
8
Persekutuan
Standard
Antarabangsa
Perlembagaan Perkara 3 dan 9 UDHR,
Perkara 9 (1) ICCPR
Perlembagaan Perkara 11 (1) UDHR,
Perkara 14 (2) ICCPR
Perlembangaan Perkara 1 UDHR
Perkara 10 (1) ICCPR
Hak kepada privasi dan 116C Kanun Tatacara Jenayah Perkara 12 UDHR
gangguan
sewenangPerkara 17 ICCPR
wenangnya terhadap privasi,
keluarga,
kediaman
atau
surat-menyurat
Hak persamaan di hadapan Perkara
8
undang-undang dan tiada Persekutuan
diskriminasi
•
Perlembagan Perkara 7 UDHR,
Perkara 14 ICCPR
Sesuatu tindakan ‘halang dan periksa’ terhadap seseorang adalah tidak
melanggar hak asasi manusia sekiranya ia dilakukan secara sah. Terdapat tiga
syarat yang perlu dipenuhi untuk tindakan ‘halang dan periksa’ yang sah iaitu:
1. Kedaulatan undang-undang;
2. Kesamarataan dan larangan diskriminasi di sisi undang-undang; dan
3. Pemeliharaan privasi dan maruah diri.
Syarat 1: Kedaulatan undang-undang
•
Tindakan pemeriksaan hendaklah sah di sisi undang-undang iaitu individu yang
melakukannya diberikan kuasa di dalam perundangan. Pemeriksaan bertujuan
untuk mengesahkan atau menghilangkan kecurigaan yang munasabah dan perlu
dilaksanakan mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan di dalam
undang-undang.
•
Pasukan polis boleh menghentikan mana-mana orang dengan tujuan melakukan
pemeriksaan atau penggeledahan sekiranya timbul kecurigaan dengan alasan
yang munasabah seperti:
(a) untuk mendapatkan bukti atas kesalahan yang menyebabkan dia telah
ditangkap;
(b) untuk merampas barang seludup, hasil jenayah atau barang-barang lain
yang diperolehi secara jenayah atau digunakan untuk tujuan kesalahan yang
menyebabkan tangkapan; atau
56