MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Sebahagian dokumen hak asasi manusia mengandungi peruntukan yang
membenarkan pengehadan atau batasan terhadap hak asasi manusia dalam
keadaan tertentu.
Pengehadan lawan Pelanggaran hak asasi manusia
Pengehadan
Pelanggaran
Lingkaran luar mewakili hak asasi manusia, manakala bahagian dalam adalah hak
asasi yang mesti sentiasa dilindungi dan tidak boleh disekat. Anak panah pertama
melambangkan tindakan yang mengehad hak asasi, anak panah kedua, tindakan
yang melebihi pengehadan sehingga melanggar hak yang mutlak. Tangkapan,
misalnya, mengehad Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 3
UDHRmengenai kebebasan tetapi tidak semestinya melanggar hak suspek
sekiranya ia berdasarkan undang-undang dan menghormati prinsip keperluan dan
keberkadaran.
•
Sama ada tindakan / tiada tindakan pihak berkuasa adalah pelanggaran hak
asasi manusia bergantung atau tidak atas pelbagai faktor yang berkaitan dengan
situasi tersebut dan perlu dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes. Dalam
menganalisis bagi menentukan keperluan dan keberkadaran, seseorang mesti
mempertimbangkan:
i. Keperluan tindakan: Tindakan tidak boleh melampaui kadar yang diperlukan
oleh keadaan dan keperluan untuk mencapai tujuannya. Tindakan yang tidak
mengganggu dan mencederakan, tetapi masih berkesan, harus diutamakan.
Tindakan yang tidak perlu atau tidak seimbang dengan akibat tindakan tersebut
harus dielakkan.
46