MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA OBJEKTIF MODUL Peserta mengetahui tanggungjawab polis untuk melindungi, menghormati dan memenuhi hak asasi manusia. ii. Peserta dapat mengaplikasi prinsip asas dalam penguatkuasaan undang-undang iaitu Prinsip PLAN (proportionality, legality, accountability dan necessity) dalam tugas kepolisan. iii. Peserta dapat membezakan antara pelanggaran hak asasi manusia dan pengehadan ke atas hak asasi manusia yang dibenarkan undang-undang. i. Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia • Kedaulatan undang-undang atau ‘Rule of Law’ merupakan salah satu daripada Prinsip Rukun Negara. Matlamat utama undang-undang adalah: i. ii. iii. iv. menjaga ketenteraman menetapkan piawaian menyelesaikan pertikaian melindungi hak dan kebebasan individu. • Secara umumnya, pasukan polis adalah barisan hadapan dalam memastikan kedaulatan undang-undang negara. Justeru itu, polis juga adalah pelindung hak asasi manusia kerana salah satu matlamat undang-undang adalah melindungi hak dan kebebasan individu. • Hak kepada keselamatan diri adalah antara hak yang paling asas untuk memastikan hak-hak lain turut dapat dinikmati oleh setiap individu. Justeru itu, pernyataan bahawa hak asasi manusia dan tugas kepolisan adalah sesuatu yang bercanggah antara satu sama lain adalah tidak benar. 2. Polis dan Hak Asasi Manusia • Setiap negara mempunyai tiga tanggungjawab utama terhadap hak asasi manusia, iaitu menghormati, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia tanpa sebarang diskriminasi. Sebagai agensi kerajaan, pasukan polis berperanan untuk mematuhi tanggungjawab tersebut. 3 TANGGUNGJAWAB UTAMA NEGARA TERHADAP HAK ASASI MANUSIA MELINDUNGI MENGHORMATI MEMENUHI Tugas negara adalah untuk melindungi, seupaya mungkin, semua individu daripada sebarang pelanggaran hak asasi oleh mana-mana pihak atau oleh situasi berbahaya. Tugas negara adalah untuk tidak mengehad atau mengenakan sebarang sekatan terhadap hak asasi manusia rakyatnya kecuali sekadar yang diperlukan. Tugas negara adalah untuk menyediakan perkhidmatan asas dan keadaan kehidupan yang membolehkan setiap individu menikmati hak-hak asasi mereka sepenuhnya. 41 

Select target paragraph3